Friday, October 8, 2010

Kuala Sat : Pacuan Empat Roda Sahaja..!


Kuala Sat adalah destinasi ekspedisi yang terletak dalam daerah Ulu Tembeling, Pahang yang merupakan persinggahan laluan untuk menuju ke Kg Mat Daling. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 1 jam setengah ke Jerantut untuk bertemu dengan sekumpulan lagi rakan2 4x4 bergabung untuk memulakan ekspedisi.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Fadzli@Koi , Raja Bob dan Mat Peros dengan membawa K’Dau Adventure sebagai organizer telah berkumpul dan bersarapan pagi di Bengkel Abg Fendy sementara menunggu beberapa buah kenderaan lagi dan seterusnya memanjat doa semoga perjalanan mendapat berkat dan selamat. Sebanyak 15 buah kenderaan yang mengambil bahagian rata ratanya datang dari daerah yang berdekatan, hanya 3 buah M4W dari Kuala Lumpur.

Jam 12 tghari kami tiba di persimpangan memasuki laluan utama di signboard Kg Mat Daling dengan peringatan keras bahawa “Pacuan Empat Roda Sahaja” yang sesuai untuk laluan ini. Memang seharusnya kenderaan ini sahaja yang mampu melepasi laluan berbukit dan berbatu itu. Trek berbukit, berbatu serta lantai tanah yang berdebu boleh dikatakan agak mencabar skills pemanduan peserta. Teknik pembuangan angin tayar kepada tekanan yang sesuai harus digunakan bagi melancarkan pemanduan supaya lebih selesa.

Bukit Awan dengan ketinggian lebih kurang 836m antara puncak tertinggi dalam laluan ini memberi kami peluang untuk merakam beberapa pandangan alam semulajadi yang menarik dari sini. Langit membiru menandakan bahawa cuaca memang sangat panas ketika itu namun perjalanan diteruskan lagi sehingga kami menjelajahi sebuah kawasan penempatan bernama Kampung Pagi.

Suunto Vector menunjukkan hampir 3 petang sebaik tiba di Kampung Pagi, lalu kami melepaskan dahaga di sebuah kedai yang terletak di tebing sungai Ulu Tembeling. Kelihatan beberapa penduduk agak excited melihatkan konvoy 4x4 memasuki perkampungan mereka. Suasana panas didamaikan oleh tiupan angin yang ringan sambil kami menikmati minum petang disitu. Tanpa membuang masa lagi, kami mendapat arahan untuk meneruskan perjalanan dan konvoy meninggalkan Kampung Pagi untuk ke Kuala Sat yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi.

Trek yang sama sepanjang jalan di tebalkan oleh debu tanah merah yang tembus ke lubang2 saluran pendigin udara, sesekali tersedut..! Langit gelap seperti bakal mengundang hujan…namun tak perlu risau kerana konvoy dijangka tiba ke lokasi apabila di beritahu oleh Zero Car (9W2RPY) sebaik sahaja kelihatan tiang letrik yang membekal kuasa ke Kampung Kuala Sat. Setibanya disana, kami disambut keluarga Tok Pat yang menghidangkan makanan dengan masakan kampong berlauk seperti Tempoyak Ikan Patin, tanpa berlengah dan dengan rasa yang amat lapar, semua peserta menjamah dan menikmati masakan istimewa ini. Kami juga turut dihidang lagi dengan hujan yang lebat yang ternyata seperti gembira menyambut kami ke Kuala Sat.

Campsite…menarik di atas pasir…seperti di pantai..lalu peserta menyiapkan ‘sarang’ untuk berehat. Di tepi sungai, nyaman sesekali terasa bahang panas pasir akibat cuaca yang panas siang tadi. Tiada acara yang tepat pada malam itu, cuma sekadar menikmati rehat dan malam yang tenang di tepian sungai Ulu Tembeling.

Keesokkan hari, kami berkemas lalu meninggalkan campsite dengan keadaan bersih tanpa sampah yang tertinggal pada jam 10am. Sambil menikmati buah Dokong, peserta juga mendapat tawaran daging Pelandok dari penduduk tempatan dengan harga yang sangat berpatutan. Konvoy bergerak menuju ke Kampung Pagi semula sebelum M4W diminta untuk membantu sebuah kenderaan yang rosak. Tanpa berlengah Champ2, Lagong dan Gogo berpatah balik sejauh hampir 2 km dari Kg Pagi untuk ‘towing’ dan membawa keluar hingga ke tarmac sector. Semangat 4Wheelers sejati memang begini…!

Dipendekkan cerita, konvoy tiba di Workshop Abg Fendy jam 6 petang dan bersalaman dengan semua peserta mengucapkan selamat tinggal kerana kami akan pulang ke Kuala Lumpur, lebih2 lagi rakan penganjur yang menerima kami dengan hati yang cukup terbuka. Sebagai peminat aktiviti ini, kami menyokong apa sahaja yang berkaitan dengan 4x4 yang sudah pasti bertujuan baik untuk membina teguh contact dan networking sesama kita.

Akhir sekali M4W melengkapkan misi ekspedisi ini sebagai peserta dan sekali lagi bertindak sebagai RESQUE team seperti trip2 yang sebelum ini. Tahniah untuk semua yang menyertai ekspedisi dan terima kasih kepada penganjur.

Semoga kita boleh berjumpa lagi.

Keep on rollin..!

No comments: