Sunday, January 30, 2011

FT Day, Gong Xi Fa Chai and Offroading..?

Salam 4Wheelers..

Cuti panjang minggu ini bersempena dengan sambutan Hari Kuala Lumpur dan Tahun Baru Cina akan digunakan sebaik mungkin oleh semua 4wheelers. Mungkin akan ke lokasi tertentu untuk offroading bersama keluarga dan rakan rakan. Campsite juga dijangka akan penuh macam pasar malam or Uptown Danau Kota. Tapi itulah kenyataannya supaya cuti itu tidak di sia-sia kan, elok lah kiranya anda teruskan niat offroading itu, dapat juga melepaskan keinginan selepas sibuk menumpukan hal hal kerja dan keluarga.
Seperti sedia maklum, cuaca hujan sekarang ini memang sesuai untuk offroading tetapi harus diberi penekanan tentang persiapan kenderaan supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Malah baru baru ini M4W diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa laluan untuk ke Endau Rompin pun tidak selamat untuk digunakan jika ada rakan rakan yang berhajat kesana dalm tempoh terdekat ini. Hujan berterusan telah menyebabkan beberapa air sungai naik mendadak dan dikhuatiri amat merbahaya untuk pengunjung. Laluan masuk utama juga mengalami keadaan yang sama. Untuk kebaikan dan keselamatan, maka 'safety must come first'.
M4W mengambil ruang ini bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat diatas, tetapi juga nak mengucapkan selamat Gong Xi Fa Chai kepada semua rakan Malaysian4Wheelers berketurunan Cina yang menyambutnya pada 3hb Feb ini. Semoga prosperity akan berterusan sehingga ke akhir zaman. For those who tumpang this celebration..drive carefully on your way back to hometown...dont drink and drive..do sleep while you're not drive..=)
Wish all followers and friends a very GONG XI FA CHAI..
May your Centipede will keep on rollingg...!!
Yours truly,
Amir Lagong

Tuesday, January 4, 2011

Ekspedisi Chengal Besar, Terengganu : 24 - 26 Feb 2011

Salam 4Wheelers..!

Ini peluang terbaik untuk semua 4Wheelers. Tak kira di mana anda berada dan jika anda sememangnya 4Wheelers yang sejati, maka xpdc ini akan menjadi titik tolak bagi menyaksikan gabungan beberapa kelab dalam satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majalah SANTAI Travel dan Red Adventure Sdn Bhd serta dibantu oleh Malaysian4Wheelers dan Ranggok 4x4 Terengganu.

Trip ini dibuka kepada semua kelab/persatuan/peminat 4x4/pemilik 4x4 atau yang tidak memiliki 4x4 juga layak untuk mengambil bahagian. Ada package yang sesuai untuk 'jumper'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Narin 019-3711662 atau Lagong 016-2933329.

Jika berminat sila register lebih awal kerana tempat agak terhad..

Keep on wheelin'

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Salam 4Wheelers..

Tahun lepas banyak benda dah dibuat untuk memenuhi impian. Apa pulak tahun ini..? Sudah ada idea baru bagi tahun 2011? M4W masih dalam usaha merancang untuk mempelbagaikan aktiviti 4x4 untuk menyatupadukan perjuangan semangat 4x4 di Malaysia.

Jika anda merasakan bahawa ada sesuatu di minda yang mahu dikongsi ataupun dilaksanakan atas dasar semangat 4x4, jangan tunggu lama lama..hubungi Malaysian4Wheelers. Ayuh kita buktikan bersama dan jadikan aktiviti itu satu kenyataan.

Selamat Tahun Baru..semoga roda 4WD anda terus bergolek..! Jangan sesekali pension sebelum waktunya..

Happy 4wheelin'