Sunday, January 30, 2011

FT Day, Gong Xi Fa Chai and Offroading..?

Salam 4Wheelers..

Cuti panjang minggu ini bersempena dengan sambutan Hari Kuala Lumpur dan Tahun Baru Cina akan digunakan sebaik mungkin oleh semua 4wheelers. Mungkin akan ke lokasi tertentu untuk offroading bersama keluarga dan rakan rakan. Campsite juga dijangka akan penuh macam pasar malam or Uptown Danau Kota. Tapi itulah kenyataannya supaya cuti itu tidak di sia-sia kan, elok lah kiranya anda teruskan niat offroading itu, dapat juga melepaskan keinginan selepas sibuk menumpukan hal hal kerja dan keluarga.
Seperti sedia maklum, cuaca hujan sekarang ini memang sesuai untuk offroading tetapi harus diberi penekanan tentang persiapan kenderaan supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Malah baru baru ini M4W diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa laluan untuk ke Endau Rompin pun tidak selamat untuk digunakan jika ada rakan rakan yang berhajat kesana dalm tempoh terdekat ini. Hujan berterusan telah menyebabkan beberapa air sungai naik mendadak dan dikhuatiri amat merbahaya untuk pengunjung. Laluan masuk utama juga mengalami keadaan yang sama. Untuk kebaikan dan keselamatan, maka 'safety must come first'.
M4W mengambil ruang ini bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat diatas, tetapi juga nak mengucapkan selamat Gong Xi Fa Chai kepada semua rakan Malaysian4Wheelers berketurunan Cina yang menyambutnya pada 3hb Feb ini. Semoga prosperity akan berterusan sehingga ke akhir zaman. For those who tumpang this celebration..drive carefully on your way back to hometown...dont drink and drive..do sleep while you're not drive..=)
Wish all followers and friends a very GONG XI FA CHAI..
May your Centipede will keep on rollingg...!!
Yours truly,
Amir Lagong

No comments: