Sunday, February 5, 2012

Stingray dalam kenangan : 1952-2012





Sambutan Maulidul Rasul tahun ini yang bersamaan dengan 5 Feb 2012 telah diselangi oleh berita sedih dimana seorang ikon serta legend dikalangan penggiat sukan 4x4 tanahair didalam Petronas Adventure Team (PAT) iaitu Abd Halim Abd Rahman atau lebih senang dikenali sebagai Stingray telah meninggal dunia kerana diserang strok dirumahnya subuh tersebut. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Cheras Baru, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari tadi sambil diiringi seluruh saudara mara dan sahabat handai.


Peranan dan sumbangan beliau dalam arena sukan ekspedisi 4x4 di Malaysia tidak dapat boleh dinafikan sama sekali dengan kredibiliti PAT sendiri yang dibawa melangkau sempadan seluruh dunia turut dikagumi oleh rakyat Malaysia khususnya penggiat 4x4.


M4W turut merasakan akan kehilangan seorang yang cukup berpengaruh yang mempunyai jati diri serta disiplin yang tinggi dalam memartabatkan aktiviti 4x4 ini. Sudah pastinya beliau boleh dijadikan contoh terbaik untuk semua 4Wheelers demi melaksanakan misi serta matlamat untuk kebaikan semua. Salam Takziah untuk keluarga beliau..AlFatihah.

No comments: