Tuesday, March 6, 2012

Sinar Automart 2012

Holla 4Wheelers..!


Malaysian4Wheelers bersama rakan-rakan dari Lubuk Trekker Adventure, Kelab 4x4 Gombak, D’ Harung 4x4, One Ten Adventure Sports, Kelab 4x4 Malaysia, MyLandy Malaysia, Triton Tuners Club dan Raja Rimba Adventure telah memenuhi jemputan bagi memeriahkan tapak pameran Sinar Automart di pekarangan Kompleks Media Karangkraf baru-baru ini.


Red Adventure telah bertindak sebagai pengendali untuk mengumpulkan komuniti 4WD ini dari pelbagai kelab dan individu yang mempunyai minat yang sama ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat kenderaan jenis ini. Sebanyak 40 buah kenderaan pacuan 4 roda pelbagai spesifikasi telah bersama memeriahkan acara pada pagi itu.

Dengan kehadiran kelab pacuan empat roda ini dapat menyemarakkan lagi pameran Sinar Automart. Melalui program ini juga dapat menyalurkan maklumat aktiviti kelab kepada orang ramai.

M4W mengucapkan tahniah kepada akhbar Sinar Harian yang menganjurkan acara ini.


Keep on Rolling...!

No comments: