Saturday, September 8, 2012

Trip Sg Lembing 21-23 September 2012

Salam buat semua penggiat 4x4 dimana jua anda berada...!

Oleh kerana pemintaan tinggi dikalangan rakan yang mahukan trip ke Sg Lembing, maka ianya bakal  diadakan sekali lagi. Prestige serta imej Air Terjun Pelangi di Sg Lembing semakin menaik dengan jumlah kunjungan yang tidak putus-putus selepas Bulletin Utama TV3 dan TV AlHijrah memberikan promosi hebat melalui slot yang berkaitan.



Buat julung kalinya Din Medan telah menawarkan diri bagi mengetuai trip ini dengan gabungan beberapa rakan lama dan baru. Kepada anda yang telah merasa 'kegatalan' kaki akibat telah lama berehat sempena Ramdahan dan Syawal, maka ini lah peluang anda untuk memanaskan engine semula..

Untuk sebarang maklumat, boleh lah hubungi beliau di talian : 017-2925043

Wish all the best to 4Wheelers..

No comments: