Thursday, November 29, 2012

International Rainforest Challenge 2012 - Melaka


Bumi Hang Tuah bakal di rempuh jentera 4x4 buat kali pertamanya semenjak International Rainforest Challenge dianjurkan bagi edisi yang ke 15. 

Melaka mungkin dipilih kerana keunikankan lokasi serta rekod sejarah silamnya yang secara tidak langsung akan menarik lebih ramai orang bertumpu ke negeri ini. Sukan offroad memang popular diserata pelusuk Malaysia, Melaka tidak kurang hebatnya kerana sebelum ini memang kerap menganjurkan aktviti 'challenge' 4x4 berskala sederhana oleh kelab-kelab disini yang penglibatan nya adalah dari semua penggemar sukan ini. Walaupun 'tanah' tak berapa besar di Melaka ini, tetapi penganjur RFC sudah membuat persiapan lebih awal bagi memastikan edisi kali ini akan melakar satu lagi sejarah untuk negeri ini dan khususnya untuk Malaysia sendiri.

Ayuh kita ke Melaka...bukan naik Kereta Lembu..tapi untuk pandu jentera 4x4 anda ke Pantai Klebang bagi menyaksikan acara prologue yang bakal berlangsung dari 1 Disember hingga 10 Disember ini meliputi beberapa bahagian di negeri Melaka.

Jumpa anda disana...!

No comments: