Friday, December 14, 2012

ASEAN India Rally 2012 singgah di Putrajaya

Baru baru ini, sebanyak 31 buah kenderaan jenama MAHINDRA XUV 500 bersama 120 orang peserta yang melibatkan 11 buah negara anggota ASEAN telah singgah di Putrajaya. Konvoi ekspedisi ASEAN India Rally 2012 bagi edisi kedua ini telah bermula pada 26 November di Yogyakarta, Indonesia dan akan berakhir di Guwahati, India yang secara rasminya akan dilabuhkan tirainya pada 21 Disember 2012.


Selepas melewati Indonesia dan Singapura, Malaysia merupakan hentian ketiga dan telah disambut dengan gilang gemilangnya di Dataran Putra, Putrajaya seterusnya konvoi telah dengan sempurnanya dilepaskan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Sieu sambil dihadiri wakil-wakil kerajaan dari negara yang mengambil bahagian serta peminat dan penggiat sukan permotoran tempatan. 

Senator Gan bertemu dengan peserta
Team Malaysia 
Antara rakan-rakan M4W yang hadir membawa sokongan
Dalam ucapan perasmiannya, Senator Gan Ping Sieu memberitahu bahawa program seperti ini akan mewujudkan kekuatan semangat serta hubungan antara negara-negara yang mengambil bahagian serta mampu memupuk toleransi sesama peserta disepanjang ekspedisi. Dari aspek pembangunan ekonomi, ekspedisi ini mampu memberi laluan serta peluang bagi membuka mata dunia bahawa laluan darat juga mampu merapat sumber pembangunan bagi negara anggota ASEAN dan India khususnya. Selain itu sektor pelancongan juga akan mendapat ruang apabila peserta konvoi akan singgah ke lokasi-lokasi menarik disepanjang perjalananan mereka. Sekaligus, mereka yang terlibat dalam program ini juga boleh dianggap sebagai duta kecil yang memikul tanggungjawab mempromosi negara masing-masing.
Team Malaysia : Che Adnan dan Bro Keladi bersama Amir Lagong dan Tomy
Bendera Negara ASEAN diedarkan
Team Malaysia 2004 (baju hitam) bertemu semula dengan Team Brunei 2004 (baju kuning)
Sebagai rekod, konvoi ASEAN India Rally edisi pertama adalah pada tahun 2004 yang diwakili oleh 3 orang dari Malaysian4Wheelers adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN yang mana negara Laos telah menjadi tuan rumah pada ketika itu. Bagi edisi yang kedua ini, ianya adalah bersempena dengan ulang tahun ke 20th India ASEAN Dialogue yang akan berlangsung pada 20hb Disember 2012 di New Delhi. Kesemua peserta dan kenderaan yang ditaja penuh ini akan menyusuri lalun darat jajaran tanah besar ASEAN ke sembilan buah negara yang bermula di Yogjakarta, Indonesia, melalui Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar dengan jarak sekitar 8,000 kilometer dalam tempoh 23 hari. Pasukan Malaysia pada kali ini telah diwakili oleh 7 orang peserta dengan latar belakang serta kelebihan yang pelbagai yang mampu membawa mereka bersama disepanjang ekspedisi.

Syabas Malaysia..Malaysia Boleh....!

No comments: