JERANTUT, 12 Feb - Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh kedalam sungai ketika melalui sebuah jambatan kayu dekat Matau Balak Kota Gelanggi 5/6 menuju kearah Jalan Mat Daling, disini malam tadi. Kenderaan jenis Cherokee itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan tanah merah dikawasan pembalakan tersebut.
Ketiga-tiga mangsa iaitu pemandu, Hamzah Muhammad 52, dan dua penumpang Zahran Asran 28, dan Roshaizad Abd Rashid 29 tahun yang mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, DSP Zakaria Kassim berkata, dalam kejadian jam 11.20 malam itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari berburu di kawasan berkenaan.
"Ketiga-tiga mangsa itu dipercayai tidak dapat keluar dari kenderaan dan dipercayai lemas" katanya kepada pemberita disini hari ini.
Pasukan mencari dan menyelamat hanya dapat mengeluarkan ketiga-tiga mangsa kira-kira jam 4 pagi tadi. Semua mangsa berasal dari Maran telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat. Hasil siasatan awal mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat lemas.
Operasi menyelamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia |
Beginilah keadaan Cherokee yang jatuh ke sungai. |
* Berita ini dipetik dari Sinar Harian.
Malaysian4Wheelers mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar kepada semua.
Alfatihah..
3 comments:
assalammualaikum tuan...sy bru memiliki sebuah pajero V32 dan ingin menukar bahagian suspension..so suspension ape yg patut sy beli?.tq
assalammualaikum tuan...sy bru memiliki sebuah pajero V32 dan ingin menukar bahagian suspension..so suspension ape yg patut sy beli?.tq
maaf kelewatan mmberi respon kpd pertanyaan anda.
Post a Comment