Pencemaran alam sekitar boleh kita defined sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Kederasan pembangunan negara yang pesat menjengah kepada unsur-unsur kerosakan kepada alam sekitar. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.
Sampah masih dilonggok..! pelik..signboard dah bagitau. |
Cara membungkus sampah yang rapi |
Pollution telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mampu mencalarkan nama negara. Masyarakat pula jadi makin terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bagai kata orang tua-tua "di telan mati emak di luah mati bapak”..ecewahhh..=)
Agak celupar jugak signboard ini..! tapi boleh consider juge =) |
Kalau dalam hutan ada sampah..siapa yang bawa masuk..? |
Perkara paling simple untuk dilakukan adalah membawa keluar barang2 yang kita bawa bersama semasa beraktiviti, tak kira sekecil mana pun sampah itu..
Contohnya bahan seperti sampah bungkusan, tin, botol atau apa saja dapat dikumpul dan dimasukkan didalam plastik sampah yang berkualiti tebal supaya tidak mudah koyak. Dah lepas itu bungkus elok-elok, ikat dengan rapi kemudian diletakkan diatas roof rack dan diikat sekali lagi dengan lebih rapi supaya tidak tercicir dalam perjalanan keluar. Kalau anda tiada roof rack, ikat dengan rapi dibahagian belakang tempat tayar spare anda digantungkan...gerenti selamat..percaya lah..! Bila dah berjaya dibawa keluar, maka cari lah tempat pembuangan sampah yang sepatutnya yang berhampiran dengan kawasan yang anda lalui itu...selesai masalah..next trip kalau kita masuk tempat yang sama atau disinggahi oleh orang lain pun kita 'maintain' kawasan tersebut agar zero rubbish...hasilnya memberi faedah untuk semua pihak..
Elakkan membakar sampah anda didalam hutan..!! jangan sekali..!
dan Jangan tanam sampah anda dikawasan campsite, sebab plastik atau tin tidak mudah lupus dan akan menghasilkan bahan2 kimia yang mampu merosakan eco-system, sungai dan sekitarnya...okay..!
Sifat tanggungjawab menjaga kebersihan begini mesti perlu ada pada setiap 4Wheelers kerana ia memberikan satu imej yang baik dan akan dicontohi oleh sahabat2 yang baru berjinak2 dengan aktiviti ini. Seterusnya orang luar pula akan sentiasa menjadikan komuniti 4Wheelers sebagai contoh yang mampu memberikan sesuatu yang positif kepada alam semulajadi.
Jom hargai hutan dan campsite offroading kita...
2 comments:
keep it up, terbaik untuk kita dan sekelian mahluk dimukabumi yg cintakan fresh air dan hutan adalah yg terbaik lagi original feeling, bole release stress bukan lagi stress tgk hutan yg penuh sampah. semoga kita jaga sama-sama alam kita.
ye betul tu..kita harap semua 4wheelers akan jaga alam sekitar juga
Post a Comment