Monday, June 24, 2013

Jakarta Fox Hunt 2013

ORARI, Indonesia sangat aktif dalam menganjurkan aktiviti Ham Radio di rantaunya. Baru-baru ini acara Fox Hunting telah berlangsung di Monas, Jakarta pada 21-23 June 2013. Acara yang kecil tetapi penganjurannya sangat 'grand'. Penyertaan juga hebat-hebat kerana sambutan dikalangan warga Ham di Indonesia yang harus dicontohi. Kesempatan ini diambil oleh rakan-rakan ham radio dikalangan Malaysian4Wheelers untuk mengunjungi program tersebut sebagai memenuhi rasa ingin tahu, mencari pengalaman, melihat sendiri dengan acara yang berkaitan, supaya takdalah berlaku situasi dimana 'lebih kerak dari nasik'.

                              

Seperti biasa, kalau ada acara begini, sudah pasti akan bertemu dengan sahabat-sahabat Ham dari Malaysia yang amat sukar untuk ditemui di tanahair sendiri, tapi berjumpa di Jakarta Fox Hunt. Sesuatu yang sudah dijangka dan pastinya mengembirakan. Turut bersama pada hari tersebut adalah : 9W2HOZ, 9W2RIO, 9M2SO, 9M2YRS, 9W2TUC, 9W2MQX, 9W2DLK, 9W2TLB dan beberapa lagi warga Ham yang tak pasti callsign mereka. Namun begitu inisiatif begini adalah atas usaha sendiri untuk 'eyeball' dengan teman-teman dari seberang harus diluaskan..pergi pun atas kos pun sendiri, cuma merapat kan silatulrahim sambil berlibur.
Salah satu  aktiviti yang terdapat dalam JakFox 2013

Fox Hunting..hunt for Megan Fox ;)
Kagum dengan penganjuran ini, 10 bintang harus diberikan kepada penganjur kerana dapat mengumpul warga Ham tempatan dan turut mendapat kunjungan dari teman-teman di Malaysia. Walaupun singgahan kami untuk tempoh singkat, nyata sekali pengalaman ini dapat di bawa pulang serta menilai betapa kukuhnya semangat Ham di rantau ini.

All the best..( magic word arwah 9M2GL)

2 comments:

pitengok.com said...

terbaik. 9w2zph. 73

Amir Lagong (Founder) said...

Terima kasih..harap support blog kami.