Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 56


Salam 4Wheelers..

MALAYSIA kita kini sudah mencecah ke 56 tahun menyambut akan kemerdekaannya..maka dengan itu marilah sama-sama kita raikannya dengan mengisi semangat jatidiri kita agar patriotisma terus segar dalam jiwa sehingga ke hujung nyawa.

Hargai lah keamanan yang sedia ada agar kita akan terus menghirup udara yang damai dan seterusnya dinikmati oleh generasi kita yang akan datang.

MALAYSIA KU BERDAULAT, 
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Salam Kemerdekaan dari Malaysian4Wheelers 




* kekalkan kedamaian dan keharmonian negara supaya lebih senang offroaders untuk pergi offroading.... jika negara kucar-kacir..maknanya..kena simpan kereta bungkus dalam kelambu...=)

Monday, August 26, 2013

Ganu Kite...!

Salam 4Wheelers...

Kali ini M4W membawakan khas untuk anda yang mungkin akan ke sekitar Terengganu untuk aktiviti offroading pada bila-bila masa...maka dengan itu jangan lupa untuk 'store' no telephone workshop kenderaan 4x4 sebagai 'backup' jika mengalami sebarang masalah dalam perjalanan ke sana.

Tiada yang lebih penting selain menyimpan nombor-nombor penting ini bagi tujuan yang berkenaan..
Hassan merupakan 'towkey'

HSNH MAJU ENTERPRISE 
LOT 2266, JALAN KUANTAN-KEMAMAN
SEBELAH PERUMAHAN KASTAM GELIGA
24000 KEMAMAN, TERENGGANU

Hubungi : Hassan 013-9370817 / Zurinah 013-9543845






Wednesday, August 14, 2013

Raya pun Offroad jugak...!

Selamat Hari Raya...

Untuk semua yang menyambutnya di kampung mahupun dibandar dan ada juga segelintir rakan rakan 'offroaders' yang hati kering dan dahagakan trip 'offroading' tidak berdaya untuk bertahan lagi selepas sebulan menyimpan jentera masing-masing.

Kerjasama memang pasti 
                                            
Peluang cuti Hari Raya ini digunakan sebaik mungkin untuk mereka meneroka semula laluan yang agak lama tidak diduga..selepas beberapa hari Beraya bersama keluarga..mereka 're-activate' jentera yang sudah sedia untuk melakukan tugasan meredah laluan sukar.

Sempat bakar lemang dan masak rendang
                                              
                                         
Apa yang penting kepuasan dapat dicapai, walaupun tidak ramai yang menyertainya, namun ianya sudah cukup memadai dengan 'manpower' yang berkaliber disepanjang perjalanan pergi dan balik. 

Semuanya berjalan lancar..kalau dilihat dari photo yang ada..ternyata trek agak mencabar dan laluan basah serta berselut sememangnya itu yang dicari-cari...maka puas lah hati mereka-mereka yang berkenaan kerana dapat melengkapkan niat yang lama sangat terpendam. (lokasi : dirahsiakan)

Kita tunggu next trip pulak yea...!

(photo dipinjam dari FB : K-Rog)

Wednesday, August 7, 2013

M4W : Suasana Hari Raya

Salam 4Wheelers..Salam Lebaran


Segala cabaran telah berjaya dilalui dengan tenang sepanjang Ramadhan..kini sudah tiba masanya untuk kita menyambut Syawal. 

Malaysian4Wheelers dan seluruh sahabat handai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan kerana sambutan ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk meraikannya.