Wednesday, August 14, 2013

Raya pun Offroad jugak...!

Selamat Hari Raya...

Untuk semua yang menyambutnya di kampung mahupun dibandar dan ada juga segelintir rakan rakan 'offroaders' yang hati kering dan dahagakan trip 'offroading' tidak berdaya untuk bertahan lagi selepas sebulan menyimpan jentera masing-masing.

Kerjasama memang pasti 
                                            
Peluang cuti Hari Raya ini digunakan sebaik mungkin untuk mereka meneroka semula laluan yang agak lama tidak diduga..selepas beberapa hari Beraya bersama keluarga..mereka 're-activate' jentera yang sudah sedia untuk melakukan tugasan meredah laluan sukar.

Sempat bakar lemang dan masak rendang
                                              
                                         
Apa yang penting kepuasan dapat dicapai, walaupun tidak ramai yang menyertainya, namun ianya sudah cukup memadai dengan 'manpower' yang berkaliber disepanjang perjalanan pergi dan balik. 

Semuanya berjalan lancar..kalau dilihat dari photo yang ada..ternyata trek agak mencabar dan laluan basah serta berselut sememangnya itu yang dicari-cari...maka puas lah hati mereka-mereka yang berkenaan kerana dapat melengkapkan niat yang lama sangat terpendam. (lokasi : dirahsiakan)

Kita tunggu next trip pulak yea...!

(photo dipinjam dari FB : K-Rog)

3 comments:

MZ Management Training And Sport Outdoor Adventure said...

sg empat, sg pusu UIA trail nie..

MZ Management Training And Sport Outdoor Adventure said...
This comment has been removed by the author.
Amir Lagong (Founder) said...

owhh..tidak...trail ini di sekitar Raub, Pahang.
Thank for your comment..