Perhatian kepada anda yang mengambil bahagian untuk trip ke Intan Suraya pada 25-27 October ini telah ditunda. Penundaan adalah kerana CHOR4x4 yang membantu sebagai 'support team' akan mengambil bahagian dalam program anjuran Jabatan Alam Sekitar yang berlaku sama pada tarikh yang sama.
Namun begitu terima kasih kepada Presiden CHOR4x4 yang sudi untuk membantu serta memberitahu M4W tentang perkara yang berkaitan..
Oleh yang demikian, INTAN SURAYA akan ditunda sehingga diberitahu..okay..!
Baru-baru ini M4W bersama rakan2 telah menyertai aktiviti offroading anjuran RPAT. Tujuan trip ini dianjurkan adalah untuk memantapkan semula komuniti ini disamping mengeratkan silatulrahim sesama rakan 4x4 di sebelah pantai timur, khususnya Terengganu.
Penyertaan yang hampir 40 buah kenderaan dari Kuala Lumpur dan Terengganu sememangnya menaikkan semangat setiap peserta yang mengambil bahagian. Ramai jugak ahli-ahli yang baru disamping mereka yang dah 'otai'....
Cuaca hujan di sebelah Terengganu memang memberi tanda tanya kepada peserta yang rata-rata tidak membuat persiapan kenderaan pada tahap maksimum, malah ada juga yang merupakan 'first timer'. Semua itu dapat di sangkal dengan tenang...kerjasama tahap maksimum bagi menyelesaikan semua rintangan.
Agak sukar untuk diterjemahkan segalanya disini..hanya photo dan video ini mampu memberi segala penjelasannya...enjoi..!!
Kancil...??
nyaris jatuh gaung...!
aksi guide 'lentik'
muka kepuasan...bermain dengan lumpur
Konvoi pulang semula ke Kuala Lumpur dengan selamatnya, cuma beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan berusaha mencari bengkel serta kedai alatganti untuk membaiki kenderaan mereka..Saksikan suntingan video yang telah dibuat sekadar untuk menjamu mata anda yang tidak berkelapangan untuk join...