Baru-baru ini M4W bersama rakan2 telah menyertai aktiviti offroading anjuran RPAT. Tujuan trip ini dianjurkan adalah untuk memantapkan semula komuniti ini disamping mengeratkan silatulrahim sesama rakan 4x4 di sebelah pantai timur, khususnya Terengganu.
Penyertaan yang hampir 40 buah kenderaan dari Kuala Lumpur dan Terengganu sememangnya menaikkan semangat setiap peserta yang mengambil bahagian. Ramai jugak ahli-ahli yang baru disamping mereka yang dah 'otai'....
Cuaca hujan di sebelah Terengganu memang memberi tanda tanya kepada peserta yang rata-rata tidak membuat persiapan kenderaan pada tahap maksimum, malah ada juga yang merupakan 'first timer'. Semua itu dapat di sangkal dengan tenang...kerjasama tahap maksimum bagi menyelesaikan semua rintangan.
Agak sukar untuk diterjemahkan segalanya disini..hanya photo dan video ini mampu memberi segala penjelasannya...enjoi..!!
Kancil...?? |
nyaris jatuh gaung...! |
aksi guide 'lentik' |
muka kepuasan...bermain dengan lumpur |
Konvoi pulang semula ke Kuala Lumpur dengan selamatnya, cuma beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan berusaha mencari bengkel serta kedai alatganti untuk membaiki kenderaan mereka..Saksikan suntingan video yang telah dibuat sekadar untuk menjamu mata anda yang tidak berkelapangan untuk join...
No comments:
Post a Comment