Tuesday, November 26, 2013

New Edition of RFC 2013 is coming...!

Salam 4Wheelers..!
 Sudah hampir tiba masanya untuk anda mengeluarkan jentera-jentera ganas yang sekian lamanya di 'peram' sehingga masak untuk dipertandingkan serta bertarung sesama umat yang cekal lagi degil. 

Terengganu Darul Iman menjadi gelanggang terhebat bagi edisi kali ini selepas Melaka menjadi tuan rumah pada tahun lepas. Sudah pasti kedatangan peserta ke Malaysia juga turut mengundang musim hujan tengkujuh yang dijangkakan akan menjadikan acara ini lebih 'thrills' serta makin mengganas.



Ayuh kita meriahkan lagi kisah International Rainforest Challenge 2013 ini dengan bersama-sama menunjukkan sokongan kita bagi membuka mata dunia luar bahawa Malaysia sememangnya lokasi offroading yang terbaik bertaraf dunia.

Syabas Malaysia dan penganjur RFC 2103

Tuesday, November 19, 2013

Weekend Offroad Gateway..Sg Lembing

Another story about the Pelangi Waterfall of Sg Lembing.



Sudah, lagi, sering, mahupun kerap menjadi lokasi favourite untuk offroaders yang mahu lari dari kesibukan kota untuk jangka masa yang lebih pendek. Pada 15-17 Nov lepas, Sg Lembing sememangnya telah menjadikan ianya sebagai satu impian kerana laluan offroad yang agak ringan, sesuai untuk trip sekeluarga..mereka yang mahukan trip lebih santai...M4W memang tak kisah sangat..yang penting ada ruang untuk mendamaikan diri. Kalau yang nk lebih keras, kita cari yang keras..

Tapi kali ini, Din Medan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi team dapur..dengan kelengkapan biasa 'dapur' bergeraknya menyimpan stok makanan terbaik untuk hidangan rakan rakan. Jeff pula turut memainkan peranan sebagai 'convoy leader' disepanjang trip dengan cukup baik. Itulah yang kita nak terapkan agar  pembahagian tugas itu seharusnya memberi peluang kepada semua agar ilmu atau amalan dapat di salur dengan baik serta teratur...Syabas rakan..!

Trekking ke Air Terjun Pelangi tidak mengecewakan kerana dapat juga menatap jaluran 7 baris warna pelangi yang cantik sebagai bukti keindahan yang sukar ditafsirkan. Walhal..sudah beberapa kali pun kita tengok, tapi apa yang penting, adalah kepuasan..


Rombongan pulang dengan selamat dan penuh keceriaan. Apa lagi kepada mereka yang baru pertama kali 'join' trip seperti ini. Semoga dapat ketemu lagi dalam trip yang lain.


Jom offroad lagi..!