Salam 4Wheelers..!
Sudah hampir tiba masanya untuk anda mengeluarkan jentera-jentera ganas yang sekian lamanya di 'peram' sehingga masak untuk dipertandingkan serta bertarung sesama umat yang cekal lagi degil.
Terengganu Darul Iman menjadi gelanggang terhebat bagi edisi kali ini selepas Melaka menjadi tuan rumah pada tahun lepas. Sudah pasti kedatangan peserta ke Malaysia juga turut mengundang musim hujan tengkujuh yang dijangkakan akan menjadikan acara ini lebih 'thrills' serta makin mengganas.
Ayuh kita meriahkan lagi kisah International Rainforest Challenge 2013 ini dengan bersama-sama menunjukkan sokongan kita bagi membuka mata dunia luar bahawa Malaysia sememangnya lokasi offroading yang terbaik bertaraf dunia.
Syabas Malaysia dan penganjur RFC 2103
No comments:
Post a Comment