Saturday, March 29, 2014

Offroading di Malaysia : hobi atau apa saja..?

Salam 4Wheelers..

Scenario kegiatan 4x4 di Malaysia kini sudah semakin pesat bergerak. Rata-rata dijalanraya sekarang ini sering kelihatan spesis kenderaan 4x4 samada yang standard spesifikasinya mahupun yang sudah 'dipecahkan' daranya..tapi itu semua merupakan tanda-tanda positif yang membawa maksud bahawa perlu ada satu 'body' yang memantau dan memberi arah panduan pada penggiat 4x4 ini agar tidak menyongsang dari asas hobi mereka.
gambaw hiasan...!
Bila dah banyak penggiat 4x4, maka seharusnya semua pihak kena ambil inisiatif untuk membawa semua duduk semeja, merapatkan saf bagi mengukuhkan aliran aktiviti 4x4 supaya lebih relevan serta berkualiti. Kelab-kelab yang sudah kukuh berdaftar, aktif dan berpengaruh harus memainkan peranan untuk membuka mata dan minda semua aktivis ini untuk bersama-sama mengangkat sukan 4x4 ini ketahap yang lebih tinggi tanpa tidak menolak standard RFC itu sendiri yang berwajah international peringkat penganjurannya. Hasil duduk semeja pula, setidak-tidaknya apa saja event yang dijalankan boleh diletakkan dalam satu kalendar tahunan 4x4 di Malaysia, agar tidak berlaku pertindihan acara.

kereta Din Medan nih..!!

Tolak segala kelainan pembawakan fahaman sesama 4Wheelers, kerana kita faham setiap mereka ada prinsip, misi serta visi yang berlainan bagi membawa kelab-kelab mereka ke satu tahap yang sangat baik dan dihormati. Tapi kita lupa, apa  yang kita buat itu mungkin tidak ada keselesaan untuk sesuatu itu menerimanya dengan terbuka. 

hiasan je...!
Dengan merujuk kepada beberapa 'orang lama' dalam kegiatan 4x4, mereka memang merasakan bahawasanya, pengkhususan aktiviti offfroading sekitar tahun 80'an sangat berbeza kerana sumber mendapatkan peralatan amatlah terhad..semuanya menggunakan idea serta kreativiti sendiri..sebagai contoh..menggunakan 'chainblock' sebagai ganti 'winch'..pada ketika itu..itu dulu..! sekarang lain la...winch hantu semua pun ada... :)

Dipendekkan cerita, regulasi aktiviti 4x4 di Malaysia memang belum dapat di dokumenkan kerana masih banyak perbezaan ketara dalam konsep sesama kita semua dan ini memang tidak dapat dinafikan. Observation mengatakan bahawa kita perlu menyelaraskan banyak perkara sebagai contoh : Rules & Regulations dalam pertandingan (challenge), syllabus @ sukatan pelajaran (bagi jurulatih 4x4 yg melatih agensi/korporat)...dan banyak perkara lagi yang harus diberi perhatian..adakah kita tahu atau sedar peranan MAM dalam penganjuran setiap offroad challenge yang diadakan di Malaysia..? Fuhhh..!! banyak lagi sudut yang perlu kita tengok seperti recreational dan safety...dan macam2 lagi...
gambar hiasan..Hilux Arwin..sexy..!
Penubuhan 'Malaysia Offroad Federation' yang membawa objektif untuk menyatukan kelab 4x4 dalam satu bumbung..pernah diperjuangkan beberapa tahun dahulu tetapi masih tidak dapat dilaksanakan lagi... ada kemungkinan akibat 'resources' serta 'foundation' yang kurang kukuh...atau mungkin lumrah manusia yang lambat nak terima perubahan.

Mungkin kita boleh cuba buka minda dan intai-intai jiran sebelah..yang baik kita ambik...yang tak elok tu, takyah la ikut... ;) 

Selamat Offroading...!

Monday, March 17, 2014

M4W-LIBUR : Weekend Offroad Warrior 2014

Hello all...

Offroading trip is back by M4W and LIBUR Magazine.
Those interested, you may contact M4W for further details and arrangement.



Kepada peserta yang memiliki kenderaan pacuan empat roda, anda sangat digalakkan untuk menyertai trip tersebut dengan memandu sendiri kenderaan anda ke lokasi yang telah disenaraikan mengikut kemampuan serta persediaan kenderaan anda. Rugi jika tidak di maksimumkan penggunaan kenderaan ini jika hanya bermobil serta dipamer disekitar kotaraya..pikir pikirkan dan selamat 'offroading'...!

ALL THE BEST..!!

Sunday, March 9, 2014

PD International Sand Challenge 2014.

Salam 4Wheelers..

PD Sand Challenge yang bertaraf 'internasional' kali ini sudah berakhir dan terlaksana dalam suasana yang sangat 'panas'. Cuaca panas di garisan Khatulistiwa berselang dengan keadaan jerebu yang melampau, banyak memberi impak positif dan tak kurang (malah lebih) juga yang negatif...tapi alah bisa tegal biasa...offroaders yang waja memang tak kisah pun, kerana yang penting nak 'main' kononnya... 


Sekadar berkongsi pendapat sebagai 'observer' bebas, kita merasakan bahawa penganjuran event seperti ini harus ada kredibility dari segi kuasa penganjur serta krew yang bertugas sebagai 'competition marshall' dan officials mates. Dengan rules yang agak longgar serta tidak begitu 'firm'..sesekali disergah 'rules' boleh berubah...emmm..! itu mungkin sesuatu yang perlu diambil perhatian serius jika penganjur masih mahu mengekalkan akitivi 'challenge' seperti ini di bumi Negeri Sembilan yang dicintai ini. Kalau diletakkan pelajar2 'college' yang mentah tentang asam garam 4WD competition, untuk menjadi competition Marshall, mana mungkin bro...!

antara peserta sedang menunggu arahan..SS pun belum siap..!
bertemu sahabat handai
perserta yang bersungguh2
bermatian demi maruah..kereta jahanam, tidak mengapa..
Namun begitu, kredit harus diberikan kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam menganjurkan aktiviti 4x4 yang dihormati ini dalam keadaan mungkin 'budget' yang agak rendah tapi mahukan 'superb performance' dan mengharapkan kehadiran 'competitors' mahupun 'spectators' dari luar dan dalam negara...pun begitu, akhirnya mereka berjaya menjalankan program itu setakat mana yang mampu. Secara keseluruhannya kita ucap tahniah, anggaplah ini satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan kepada semua yang berebut-rebut nak buat event 'offroad challenge'. Harap sangat agar jangan dibuat atas paksi 'syok sendiri', sebagai contoh, SS yang disediakan pun tidak di 'qualify'kan oleh test car. In overall, kita perlu persiapkan diri dari pelbagai aspek, lebih lebih lagi aspek 'Marshalling and Scoring' sebabnya, benchmark offroaders di Malaysia sudah tinggi kerana pengaruh RFC yang serba maklum (w/pun kita tahu).. anyway, we still support for the benefit of 4Wheelers in Malaysia.

Female team yang ambil bahagian Yati bersama Ain
Kepada pihak penganjur, anggap lah pandangan ini kearah yang lebih rasional, kerana kita semua sayangkan aktiviti ini, jangan jadikan ianya  punca ketidak percayaan masyarakat pada event yang mendatang. 

Akhir sekali.."tolak tepi kontraversi..jom kita tumpukan kemajuan diri..khas utk 4x4 komuniti"

Keep on rolling my friends..