PD Sand Challenge yang bertaraf 'internasional' kali ini sudah berakhir dan terlaksana dalam suasana yang sangat 'panas'. Cuaca panas di garisan Khatulistiwa berselang dengan keadaan jerebu yang melampau, banyak memberi impak positif dan tak kurang (malah lebih) juga yang negatif...tapi alah bisa tegal biasa...offroaders yang waja memang tak kisah pun, kerana yang penting nak 'main' kononnya...
Sekadar berkongsi pendapat sebagai 'observer' bebas, kita merasakan bahawa penganjuran event seperti ini harus ada kredibility dari segi kuasa penganjur serta krew yang bertugas sebagai 'competition marshall' dan officials mates. Dengan rules yang agak longgar serta tidak begitu 'firm'..sesekali disergah 'rules' boleh berubah...emmm..! itu mungkin sesuatu yang perlu diambil perhatian serius jika penganjur masih mahu mengekalkan akitivi 'challenge' seperti ini di bumi Negeri Sembilan yang dicintai ini. Kalau diletakkan pelajar2 'college' yang mentah tentang asam garam 4WD competition, untuk menjadi competition Marshall, mana mungkin bro...!
antara peserta sedang menunggu arahan..SS pun belum siap..! |
bertemu sahabat handai |
perserta yang bersungguh2 |
bermatian demi maruah..kereta jahanam, tidak mengapa.. |
Namun begitu, kredit harus diberikan kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam menganjurkan aktiviti 4x4 yang dihormati ini dalam keadaan mungkin 'budget' yang agak rendah tapi mahukan 'superb performance' dan mengharapkan kehadiran 'competitors' mahupun 'spectators' dari luar dan dalam negara...pun begitu, akhirnya mereka berjaya menjalankan program itu setakat mana yang mampu. Secara keseluruhannya kita ucap tahniah, anggaplah ini satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan kepada semua yang berebut-rebut nak buat event 'offroad challenge'. Harap sangat agar jangan dibuat atas paksi 'syok sendiri', sebagai contoh, SS yang disediakan pun tidak di 'qualify'kan oleh test car. In overall, kita perlu persiapkan diri dari pelbagai aspek, lebih lebih lagi aspek 'Marshalling and Scoring' sebabnya, benchmark offroaders di Malaysia sudah tinggi kerana pengaruh RFC yang serba maklum (w/pun kita tahu).. anyway, we still support for the benefit of 4Wheelers in Malaysia.
Female team yang ambil bahagian Yati bersama Ain |
Kepada pihak penganjur, anggap lah pandangan ini kearah yang lebih rasional, kerana kita semua sayangkan aktiviti ini, jangan jadikan ianya punca ketidak percayaan masyarakat pada event yang mendatang.
Akhir sekali.."tolak tepi kontraversi..jom kita tumpukan kemajuan diri..khas utk 4x4 komuniti"
Keep on rolling my friends..
No comments:
Post a Comment