Salam 4Wheelers..!
Sebelum bermulanya Ramadhan baru-baru ini, Masjid As-Shariff, Dengkil telah menganjurkan program kemasyarakatan bersama Orang Asli, Kg Kuala Mu, Sg Siput, Perak dan telah membuatkan M4W bersama rakan offroaders lain seperti Lubuk Trekker, D'Harung Adventure turut serta untuk menghantar sumbangan kepada penduduk orang asli disana. Pelbagai sumbangan telah disalurkan kepada pihak Masjid dan para 4Wheelers pula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar sumbangan tersebut agar dapat diguna pakai oleh saudara Islam ini menjelang bulan puasa nanti.
|
KRog sedang masak |
|
cikgu dengan anak murid |
|
Big sedang menguruskan peralatan memasak |
|
Makanan dah siap untuk dinikmati oleh penduduk kampung |
Bukan setakat menghantar sumbangan, malah rakan rakan 4Wheelers memasak secara bergotong royong untuk menjamu para penduduk Asli dengan masakan yang barang keperluannya telah disumbangkan oleh orang ramai. Kesemua mereka mengeluarkan 'skills' memasak untuk menjadikan satu hidangan yang terbaik dan akan menjadikan satu memori untuk mereka yang menikmatinya. Turut diedar barangan keperluan dapur harian seperti beras, gula, susu, garam serta pakaian dan keperluan lain.
Syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai program ini dengan secara sukarela. Semua sumbangan telah dapat disempurnakan dengan jaya serta para penabur bakti juga dapat pulang dengan selamatnya ke kediaman masing-masing. Jasa dan pengorbanan anda semua akan dikenang selalu oleh penduduk Kg Kuala Mu. Hanya Allah S.W.T saja yang mampu membalasnya.