Saturday, June 14, 2014

Sahabat 4x4 beraktiviti di Kemboree


Program sudah terlaksana dengan jayanya..ramai peserta turun dari serata tanahair serta daerah mahupun kawasan...tahniah kepada mereka yang  hadir bagi memeriahkan suasana Kemboree Sahabat 4x4 yang pertama kalinya diadakan..tidak ada perkataan lain yang lebih sesuai kecuali "Terima Kasih" atas sokongan semua.
Telematch....!
Hadiah ditaja oleh rakan rakan OSCAR LIMA..terima kash..
Dengan menolak segala persepsi pada peringkat awalnya, penganjuran secara keseluruhannya berjaya mengumpulkan hampir 100 buah kenderaan 4x4 di lokasi campsite dan turut mendapat sokongan serta bantuan dari Kelab 4x4 Pahang dan Persatuan Radio Amatur Pahang (PERAMAH) disepanjang acara tersebut. Pelbagai acara turut diselitkan disepanjang 3 hari 2 malam itu...antaranya trekking ke Air Terjun Pelangi, Sukaneka bersama semua peserta yang menyaksikan kemeriahan program ini nampak dengan jelasnya.

Turut diadakan sessi majlis tahlil untuk arwah ahli keluarga serta rakan2 yang telah pergi dan doa selamat untuk sahabat2 yang akan menyertai XPDC Amal ke Cambodia. Walaupun suasana majlis kerohanian tidak mendapat kehadiran yang ramai (jika di lihat senarai daftar)..tapi kesempurnaan majlis tersebut telah berjalan dengan baik dan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Ismail dari Batu Pahat yang dibawakan khas oleh SKOFF.

Majlis Tahlil Arwah dan Doa Selamat
Majlis Tahlil dan Doa Selamat disusuli dengan Selawat Nabi
BBQ acara yang paling mendapat sambutan ..!! giler ramai.....
Kredit harus diberikan untuk petugas serta koordinator yang mungkin sudah berusaha sehabis baik dengan membuat persiapan dalam jangkamasa 2 bulan demi untuk menyatukan semua dalam situasi yang merupakan satu platform eksperimen yang terbaik. Namun begitu kita anggap semua ini boleh kita jadikan 'benchmark' untuk event pada masa akan datang.....itupun kalau masih ada yang sudi untuk memulakannya. 

M4W dan rakan2 
Sekalung tahniah kepada Sahabat Kental Offroaders (SKOFF), Raja Rimba Adventure (RRA), Lubuk Trekker Adventure (LT), Malaysian4Wheelers (M4W) dan rakan rakan Oscar Lima (OL_PAT) yang turut menyumbang tenaga serta keperluan.

Terima kasih lagi dan lagi...semoga dapat kita berjumpa dalam program yang lain pula...kalau ada kesempatan boleh lah kita anjur lagi dengan team yang lain pulak...agar networking kita semakin melebar..

No comments: