Thursday, October 30, 2014

Weekend Offroad Warrior : Kem Sangka di Lata Chelir

Salam 4Wheelers untuk 4Wheelers...

Musim hujan..jom cari pasal..!! maka Kem Sangka @ Lata Chelir dijadikan lokasi hujung minggu yang perlu diisi dengan sesuatu yang mampu merangsang tenaga, akal dan jiwa. Sentap juga perasaan bila di sogok dengan cerita-cerita menarik tentang trek ini yang sekarang ibaratnya seperti 'favorite playground' untuk kaki offroad yang selalu sangat..memanjang saja dahagakan lokasi yang punya halangan semulajadi.




Lokasi ini  kita target bagi memenuhi agenda di dalam kolaborasi M4W dan Majalah LIBUR yang dituruti sebanyak 10 buah kenderaan yang sudah cukup untuk memberi kelangsungan idea percutian hujung minggu berperisa adventure...yang pasti mahu geli-geli katanya....! Dari Kuala Lumpur, kita susun kenderaan menuju ke Raub...hujan sepanjang perjalanan...ngatuk sudah pasti...nasib baik ada penyedap mata serta hawa telinga yang dapat membantu menyelesaikan perasan mengantuk didalam perjalanan..kudap-kudapan pun tak mampu menyengkang mata yang dah hampir kuyu...finally, kita sampai juga di laluan masuk ke Lata Chelir sekitar jam 2pagi...itupun selepas kami sudah mendapat kebenaran dari tuan yang punya lokasi..thanks 'Abah'...!

Dalam keadaan cuaca yang ketika ini sering disirami hujan berkadar kerap, tayar lipan pun kadang kadang tersasar untuk mencakar lantai hutan bagi mencari cengkaman. Ruts dan mudpool memang tersedia hidang untuk kita merasakan permainan disepanjang perjalanan. Suasana ekspedisi diwaktu malam memang mencabar, apatah lagi dengan keadaan yang penglihatannya terbatas. Runsing dan stress kadang kadang menghantui fikiran akibat suasana yang sebegitu. Namun ini semua sudah bisa tegal biasa, mula mula je risau...bila dah panas...tak dihirau langsung..






tandanya 'bagus'...!!

Secara keseluruhan, pertemuan dengan beberapa perkumpulan yang berlandaskan hobi yang sama, yang pada ketika itu turut berada dilokasi, serba sedikit mampu melebar networking sesama kita. Jangan sesekali lep[askan [eluang bertemu dengan rakan baru..apa lagi yang lama tapi sudah terpustus hubungan..begitu la hendaknya..

Agenda santai begini diharap dapat memantapkan offroading skills dan semangatnya yang sering digalas bahu individu yang bergelar Offroaders"...Jumpa lagi di trip yang akan datang..


Untuk foto lengkap, sila lawati: Facebook : Malaysian4Wheelers

Sunday, October 19, 2014

M4W : Weekend Offroad October Warrior...

October Warrior...!


For detail, please contact Malaysian4Wheelers..

Saturday, October 11, 2014

Lauk Baru : Lomak Cili Api Rainforest Challenge 2014

Salam 4Wheelers..

Katanya, RFC siri 2014 akan berlangsung tidak lama lagi...persiapan pun kini dah semakin rancak...serancak musim hujan yang melanda pantai barat ketika ini..kadang-kadang jerebu.

Melalui cakap cakap sebelah tepi, pasukan peninjau pun bakal atau sudah memasang langkah untuk menetapkan lokasi-lokasi surprise  yang sesuai untuk peserta memperagakan machine dan skills masing-masing. 

Paling istimewa, kali ini Negeri Sembilan telah dijadikan sandaran sebagai gelanggang mencetus kegoncangan 'isi perut' untuk menyaksikan kegarangan kapisiti jentera pacuan 4 roda bersama manusia yang mahu menentang alam. Hanya mereka yang bersedia dan 'hati kering' saja mampu menonjol dipersada podium antarabangsa ini.


Macam biasa, semua peserta tidak kira samada dari dalam mahupun luar negara mungkin sekarang sedang sibuk tak tidur malam kerana mahu mempersiapkan kenderaan masing masing. Tujuan sebagai petualang atau pun sebagai krew sokongan ataupun ada yang sekadar menempel, sudah pasti penampilan jentera mereka turut memerlukan sesuatu kekuatan yang mampu bertarung dengan suasana obstacle pada hari kejadian. Jangan lah cuba-cuba gatal kaki kalau tak cukup persiapan nanti nyusah kan orang..dan anda pulak akan jadi 'lauk' nanti...Inikan event taraf dunia..biar setanding walaupun sekadar jentera yang comel :)

laluan tentatif..barangkali..

Event tahunan yang sering melakar sejarah untuk Malaysia yang menjadi tonggak utama dalam penganjuran sukan ekstrem taraf 'world' ini akan membawakan sesuatu yang tidak akan mengecewakan semua.  Pertembungan kuasa alam semulajadi dengan kuasa jentera ciptaan manusia bakal mengegar tanah Adat Pepatih tidak lama lagi.....dan habislah semua cacing dalam tanah juga akan terperanjat keluar mencakar lantai hutan kerana terasa akan kehangatan dan gegarannya itu. Satu penghormatan juga kerana ini julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan yang di war war kan bakal menghidangkan obstacle tahap thrill yang paling Gaban atau Gilerrr ( kata orang sekarang...!)

Syabas kepada semua pasukan dengan dokongan serta gabungan tenaga yang mantap ini, ianya bakal  merealisasikan acara yang sangat dikagumi oleh pencinta sukan 4x4 seluruh dunia. 

Malaysian4Wheelers memang sering menyokong acara ini sebab ianya originated  dari Malaysia oleh orang Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana ianya memang untuk Malaysia...dan Malaysia memang Boleh..!! sesangattt bolehh...!! All the best untuk semua yang terlibat...