Katanya, RFC siri 2014 akan berlangsung tidak lama lagi...persiapan pun kini dah semakin rancak...serancak musim hujan yang melanda pantai barat ketika ini..kadang-kadang jerebu.
Melalui cakap cakap sebelah tepi, pasukan peninjau pun bakal atau sudah memasang langkah untuk menetapkan lokasi-lokasi surprise yang sesuai untuk peserta memperagakan machine dan skills masing-masing.
Paling istimewa, kali ini Negeri Sembilan telah dijadikan sandaran sebagai gelanggang mencetus kegoncangan 'isi perut' untuk menyaksikan kegarangan kapisiti jentera pacuan 4 roda bersama manusia yang mahu menentang alam. Hanya mereka yang bersedia dan 'hati kering' saja mampu menonjol dipersada podium antarabangsa ini.
Macam biasa, semua peserta tidak kira samada dari dalam mahupun luar negara mungkin sekarang sedang sibuk tak tidur malam kerana mahu mempersiapkan kenderaan masing masing. Tujuan sebagai petualang atau pun sebagai krew sokongan ataupun ada yang sekadar menempel, sudah pasti penampilan jentera mereka turut memerlukan sesuatu kekuatan yang mampu bertarung dengan suasana obstacle pada hari kejadian. Jangan lah cuba-cuba gatal kaki kalau tak cukup persiapan nanti nyusah kan orang..dan anda pulak akan jadi 'lauk' nanti...Inikan event taraf dunia..biar setanding walaupun sekadar jentera yang comel :)
laluan tentatif..barangkali.. |
Event tahunan yang sering melakar sejarah untuk Malaysia yang menjadi tonggak utama dalam penganjuran sukan ekstrem taraf 'world' ini akan membawakan sesuatu yang tidak akan mengecewakan semua. Pertembungan kuasa alam semulajadi dengan kuasa jentera ciptaan manusia bakal mengegar tanah Adat Pepatih tidak lama lagi.....dan habislah semua cacing dalam tanah juga akan terperanjat keluar mencakar lantai hutan kerana terasa akan kehangatan dan gegarannya itu. Satu penghormatan juga kerana ini julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan yang di war war kan bakal menghidangkan obstacle tahap thrill yang paling Gaban atau Gilerrr ( kata orang sekarang...!)
Syabas kepada semua pasukan dengan dokongan serta gabungan tenaga yang mantap ini, ianya bakal merealisasikan acara yang sangat dikagumi oleh pencinta sukan 4x4 seluruh dunia.
Malaysian4Wheelers memang sering menyokong acara ini sebab ianya originated dari Malaysia oleh orang Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana ianya memang untuk Malaysia...dan Malaysia memang Boleh..!! sesangattt bolehh...!! All the best untuk semua yang terlibat...
No comments:
Post a Comment