Salam 4Wheelers seMalaya..
Sebagai menyempurnakan apa yang telah dimeterai antara M4W dan SUUNTO melalui AD Time, kami telah pun menyusun sebuah trip baru baru ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan strategik dalam usaha mereka untuk menguji dan memperkenalkan gadget SUUNTO AMBIT3 yang merupakan model yang paling terkini di tanahair.
|
Convoy briefing |
Beberapa orang wakil rakan strategik yang turut serta bagi membuat coverage tentang aktiviti ini amat ketara keterujaan kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka untuk merasai trip yang sebegini. Maklum saja, sebelum ini kebiasaanya tumpuan mereka banyak kearah keadaan yang lebih civilized.
Maka dengan itu, tersusunlah sebanyak 13 buah jentera M4W, yang rata-rata nya membawa logo SUUNTO bersiap sedia mengikuti masa yang telah ditetapkan. Peserta juga seolah-olah meluap-luap semangat dan tenaga mereka untuk kami cepat-cepat bergerak menuju kelokasi yang telah dicadangkan.
Lata Kuinin (unidentified location) pada peringkat awalnya telah perna diterokai oleh masyarakat Orang Asli setempat dan pada pertengahan tahun lepas, tenaga rakan rakan M4W telah mengerakkan semula operasi mengesan lokasi ini oleh kerana ianya dipercayai sudah tidak dapat di akses akibat keganasan aktiviti pembalakan yang berhampiran. Sebelum acara ini berlansung, beberapa siri tugasan membuat rintisan/reccee juga telah dilaksanakan bagi membuka campsite dan sehingga kini, M4W telah pun membuka 2 buah lokasi sesuai agar dapat dinikmati dengan lebih selesa lagi damai.
|
SUUNTO_AD Time |
|
Pengenalan tentang 4x4 kepada peserta |
|
demo |
Waterfall Kuinin...atau lebih sedap kita panggil sebagai Lata Kuinin (sebab bau buah Kuinin disekitarnya) mempunyai beberapa paras tingkat dan jaluran serta terjunan air yang sangat cantik lagi menarik. Dibawahnya, terdapat jatuhan air memenuhi kolam-kolam kecil tapi sedikit merbahaya jika tidak berhati-hati. Kawasan cetek serta berbatu juga tersedia secara semulajadi, sesuai untuk kanak kanak, namun harus dipantau oleh orang dewasa.
|
Lata Kuinin |
|
SUUNTO |
Aktiviti kali ini, secara asasnya adalah bertujuan untuk menguji serba sedikit features yang ada pada AMBIT3 Peak Black yang digunakan oleh Malaysian4Wheelers serta dua orang bloggers terkenal tempatan iaitu Jeremiah Teoh dan Steven Goh. Kami dibekalkan dengan peralatan lengkap bgai memantau jarak perjalanan semasa trekking, barometer, altitudemeter serta menggunakan kompas dalam keadaan yang minimal. Durasi bagi setiap perjalan dapat direkod menggunakan AMBIT3 dalam format tertentu yang dapat dirujuk dalam applikasi 'Movescount' yang turut tersedia di dalam handphone.
|
Movescount |
Menjelang lewat petang, semua peserta terpaksa berpuas hati walaupun ianya hanya sebuah
day trip. Namun begitu misi utama dapat dilengkapi dengan cukup baik. Apatah lagi dengan persiapan logistik serta F&B yang ringkas tapi bertepatan dengan kehendak semua. Lokasi pula yang sungguh cantik..puas hati..serta cukup membari satu
experience yang baru kepada mereka yang pertama kali menikmati aktiviti yang seperti ini.
|
Photo untuk kenangan |
Semoga jumpa lagi dalam trip yang lain...dan Salam Ramadhan
Keep on rollin'....!