Monday, July 13, 2015

Ramadhan dah nak pergi...

Kempen berpuasa sepanjang Ramadhan yang serba berkat ini memberi peluang semua penggiat aktiviti 4x4 untuk berehat sebentar, sambil memenuhkan masa dengan amalan sebagai seorang Muslim.

4Wheel semua disimpan rapi...ada yang memulakan operasi membuat restorasi selepas setahun membelasah jentera yang penuh dengan harapan. Umpama pepatah Melayu lama, 'alah membeli, menang memakai'..itu lah sesuatu yang masih relevan apa bila dilihat kenderaan 4x4 ini walau usianya yang agak klasik tapi masih layak bertugas pada tahap ganas, asalkan ianya dijaga luar mahupun dalamannya. 

Baru baru ini, telah berlangsung majlis Iftar di MESRA HOME yang terletak di Taman Sri Watan, Ampang yang dikendalikan oleh rakan LCFans Malaysia iaitu pasangan suami isteri, Razali dan Faezah secara persendirian. Mereka sangat berharap agar akan lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan bagi memenuhi ruang untuk menceriakan suasana di rumah penjagaan orang orang tua milik mereka ini. 

Turut sama didalam program tersebut adalah sekumpulan anak anak yatim dari Rumah Penjagaan Anak2 Yatim (terlupa namanya) yang dibawakan khas oleh para volunteers dari 4W4C yang membawa mereka datang ke MESRA HOME untuk berbuka puasa.

4wheel bukan utk offroading saja...

Begitulah sebaik baiknya, apabila Ramadhan menjelma, banyak kesempatan digunakan untuk penganjuran aktviti kerohanian dan kemasyarakatan seperti ini yang menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan. Syabas dan tahniah..moga saham anda mendapat pulangan kemudian hari..Insyallah.

bersama anak2 yatim

sukarelawan 4W4C bersama penganjur
Sekiranya anda berhajat atau ingin menyumbang kepada MESRA HOME, boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi En Razali (012-6271101) atau Pn Faezah (012-2016271). Atau anda boleh terus ke lokasi :
MESRA HOME
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT PENJAGAAN SRI MESRA
NO.16 JALAN WATAN 1
TAMAN SRI WATAN
68000 AMPANG
SELANGOR

3 comments:

ainhany said...

salam ukhuwah..
mhn izin share .

Amir Lagong (Founder) said...

Walaikumsalam..boleh saja untuk dikongsi..lagipun perkara2 yang baik seperti ini harus diwar-warkan..

Amir Lagong (Founder) said...

Walaikumsalam..boleh saja untuk dikongsi..lagipun perkara2 yang baik seperti ini harus diwar-warkan..