Thursday, September 29, 2011

Tahniah..Champ2 and Kak Sue

Salam to all..this is just to share some information semasa majlis makan malam yg dianjurkan oleh Red Adventure di COFFEE VILLAGE baru-baru ini. Dalam sibuk menikmati hidangan yang lazat, penganjur berjaya mencuri suasana malam itu dengan memberikan hadiah istimewa kepada mereka ang benar-benar telah memberikan warna serta menambah seri suasana didalam trip yang pernah dianjurkan didalam program SANTAI Offroad 2011.

Champ2 telah dianugerahkan sebagai peserta dan seorang mekanik yang paling setia dan banyak membantu dalam membaiki kenderaan yang rosak didalam semua trip.


Manakala Kak Sue pula telah di nobatkan sebagai peserta paling unik. Semuanya kerana komitment mereka yang sering menarik perhatian setiap peserta yang menyertai aktiviti tersebut.Dan kedua2 mereka ini merupakan Regulars M4W dan sedikit sebanyak telah menambah kecemerlangan suasana rakan 4Wheelers ditanahair.




Malam itu juga para hadirin dan jemputan turut dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai "The Offroaders" yang mengiringi rakan 4Wheelers ketika menyampaikan lagu lagu Hari Raya untuk menyantap halwa telinga di dalam majlis tersebut. Tahniah..! Semoga lebih banyak penganugerahan kepada rakan 4Wheelers pada masa akan datang.


M4W wish all the best to the organizer..

1 comment:

Bite Sized Bree said...

Thaanks for writing this