Wednesday, December 14, 2011

HASNISUE AUTO: The Italian Automotive Specialist

Gracias 4Wheelow..!

Italian Cuisine @ Cucina Italiana memang menjadi kesukaan masyarakat di Malaysia ketika ini dengan tumbuhnya banyak restoran Itali di kawasan yang strategik, tetapi tidak lupa hidangannya kini turut menyemarakkan lagi penggunaan kenderaan jenama dari Itali seperti FIAT dan ALFA ROMEO yang merujuk kepada mekanik yang benar-benar mahir dengan jenamanya. Norhasni atau AMONG, pemilik HASNISUE AUTO yang menyediakan khidmat pakar dalam membaiki kenderaan berjenama Itali bukan setakat itu sahaja, beliau juga adalah merupakan support team didalam komuniti Malaysian4Wheelers. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam pengkhususan kenderaan buatan Itali ini telah meletakkan beliau sebaris dengan mekanik terbaik di Kuala Lumpur sambil dibantu oleh isterinya Suhaila dan beberapa orang pekerja mekanik mahir warga tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Workshop yang terletak di Taman Danau Kota sememangnya mudah dikunjungi dan turut menawarkan servis yang terbaik untuk semua jenis kenderaan. Sebagai memenuhi minat beliau dalam aktiviti 4WD, Among menggunakan jentera TOYOTA Prado 2.7 dalam menerokai offroad sector bersama sahabat handai bila ada waktu yang terluang. Kepada anda yang memerlukan khidmat Among, bolehlah hubungi beliau ditalian 012-2280317.

HASNISUE AUTO SDN BHD
No.53 Jalan 3/23A
TAMAN DANAU KOTA
OFF JALAN GENTING KELANG
53000 SETAPAK
KUALA LUMPURTel/Fax : 03-41430317

No comments: