Friday, December 30, 2011

Welcome 2012



M4W dan seluruh sahabat serta warga crew dan juga followers and regulars merasakan bahawa inisiatif mempelbagaikan aktiviti ekspedisi 4x4 telah dapat memberi impak yang cemerlang sesama penggiat serata tanahair. Pengalaman memberi pengajaran setiap individu dalam memastikan setiap aktiviti itu memberi manafaat serta faedah untuk diri sendiri, komuniti serta persekitaran alam yang serba indah ciptaan tuhan.
Sebagai menutup calendar 2011, M4W mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh sahabat di Malaysia, Indonesia serta Singapura yang sering membantu dalam setiap acara samada secara terus atau tidak. Sokongan anda akan menjadikan M4W terus matang dan melangkau kearah kebaikan sesama manusia.
Selamat Tahun Baru 2012 and keep on rolling…!

No comments: