Wednesday, December 11, 2013

WEEKEND OFFROAD WARRIOR #14 : Lost Waterfall Of Salan 2013

Salam 4Wheelers...!

Terima kasih kerana masih rajin meluangkan masa untuk membaca didalam blog M4W ini. Sekarang ini bila dilihat dari segi summary visitor, makin kurang orang nak singgah di blog ini dan sudah beralih ke Facebook kerana 'picture tell the thousand words'..membaca sememangnya bukan pilihan orang di Malaysia..barangkali..(tapi mungkin dah improve)..

Namun begitu, atas kegemaran saya memang suka nak menulis, jadi diteruskan usaha ini bagi mewarni dunia 4x4 di Malaysia yang disayangi ini. Walaupun tulisan saya tidak begitu bagus, tetapi sekurang-kurangnya boleh lah dibaca dengan nada santai lagi 'sempoi' unutk anda semua.

Baru-baru ini sebelum RFC bermula, M4W telah mengadakan sebuah trip santai untuk sahabat handai yang bertujuan melebar serta merapat silaturahim bersama rakan-rakan di Jerantut pula. Nama trip ini dikenali sebagai " The Lost Waterfall Of Salan"..dengan sengaja di buat begitu bagi menarik perhatian dengan stickers yang terhad ini menjadi koleksi bagi individu yang meminatinya.


                                          


Trip kali ini diketuai oleh Ali, orang lama yang kini kembali memberi nafas baru kepada gerakan aktiviti 4x4 yang semakin hari semakin lemau mungkin barangkali terhadnya lokasi-lokasi offroading untuk diterokai oleh penggiat di serata tanahair. 

Group photo sebelum balik ke KL
trekking ke watefall 
Tahniah buat semua kerana mengambil bahagian dalam trip pada kali ini. Tiada yang lebih istimewa selain  kerjasama serta semangat tolak ansur yang sememangnya sudah wujud dikalangan semua 4Wheelers walau dimana juga mereka berada. 

Selain bertemu dengan rakan2 JeranTruckers, kami mengambil peluang untuk menyaksikan 'The Lost Waterfall" yang sering diwar-warkan...penerokaan dengan aktiviti trekking mengambil masa agak lama, tapi tidak menjadi halangan...yang penting enjoy..!!

Malamnya ada entertaiment utk semua

Lata Tinggi
Japanaese Garden

Lata Manik


RB bersama family trekking hingga ke Waterfall yang terakhir...!

Group photo di Japanaese Garden..
Untuk photo penuh dengan aksi-aksi yg menarik, boleh lah anda visit Facebook : Malaysian4Wheelers..ok
All the best untuk semua...moga ketemu lagi didalam trip yang lain..Jika anda ada cadangan untuk trip seterusnya, boleh lah menghubungi M4W untuk perbincangan lanjut..

Semoga aktiviti 4x4 akan terus berkekalan..!

Monday, December 2, 2013

RFC 2013 : M4W and friends

RFC sudah bermula dengan acara dimulai di Publika sehari sebelum mereka menuju ke Terengganu.
Ramai penggiat 4x4 seluruh tanahair berkumpul disana bagi melihat kenderaan impian mereka.

Kini mereka semua sedang bertarung didalam hutan. Rakan2 M4W yang bertugas sebagai Marshal pertandingan juga mungkin sedang bertungkus lumus bagi memastikan semua Special Stages dapat berjalan dengan jayanya.

All the best kepada semua.



Medklin, Saiful, Lawang dan Orked
Lawang the Lucky one..!
K-Pop power machine..!
Din Medan and Roy





Tuesday, November 26, 2013

New Edition of RFC 2013 is coming...!

Salam 4Wheelers..!
 Sudah hampir tiba masanya untuk anda mengeluarkan jentera-jentera ganas yang sekian lamanya di 'peram' sehingga masak untuk dipertandingkan serta bertarung sesama umat yang cekal lagi degil. 

Terengganu Darul Iman menjadi gelanggang terhebat bagi edisi kali ini selepas Melaka menjadi tuan rumah pada tahun lepas. Sudah pasti kedatangan peserta ke Malaysia juga turut mengundang musim hujan tengkujuh yang dijangkakan akan menjadikan acara ini lebih 'thrills' serta makin mengganas.



Ayuh kita meriahkan lagi kisah International Rainforest Challenge 2013 ini dengan bersama-sama menunjukkan sokongan kita bagi membuka mata dunia luar bahawa Malaysia sememangnya lokasi offroading yang terbaik bertaraf dunia.

Syabas Malaysia dan penganjur RFC 2103

Tuesday, November 19, 2013

Weekend Offroad Gateway..Sg Lembing

Another story about the Pelangi Waterfall of Sg Lembing.



Sudah, lagi, sering, mahupun kerap menjadi lokasi favourite untuk offroaders yang mahu lari dari kesibukan kota untuk jangka masa yang lebih pendek. Pada 15-17 Nov lepas, Sg Lembing sememangnya telah menjadikan ianya sebagai satu impian kerana laluan offroad yang agak ringan, sesuai untuk trip sekeluarga..mereka yang mahukan trip lebih santai...M4W memang tak kisah sangat..yang penting ada ruang untuk mendamaikan diri. Kalau yang nk lebih keras, kita cari yang keras..

Tapi kali ini, Din Medan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi team dapur..dengan kelengkapan biasa 'dapur' bergeraknya menyimpan stok makanan terbaik untuk hidangan rakan rakan. Jeff pula turut memainkan peranan sebagai 'convoy leader' disepanjang trip dengan cukup baik. Itulah yang kita nak terapkan agar  pembahagian tugas itu seharusnya memberi peluang kepada semua agar ilmu atau amalan dapat di salur dengan baik serta teratur...Syabas rakan..!

Trekking ke Air Terjun Pelangi tidak mengecewakan kerana dapat juga menatap jaluran 7 baris warna pelangi yang cantik sebagai bukti keindahan yang sukar ditafsirkan. Walhal..sudah beberapa kali pun kita tengok, tapi apa yang penting, adalah kepuasan..


Rombongan pulang dengan selamat dan penuh keceriaan. Apa lagi kepada mereka yang baru pertama kali 'join' trip seperti ini. Semoga dapat ketemu lagi dalam trip yang lain.


Jom offroad lagi..!

Tuesday, October 22, 2013

Penundaan XPDC Intan Suraya

Salam 4Wheelers..

Perhatian kepada anda yang mengambil bahagian untuk trip ke Intan Suraya pada 25-27 October ini telah ditunda. Penundaan adalah kerana CHOR4x4 yang membantu sebagai 'support team' akan mengambil bahagian dalam program anjuran Jabatan Alam Sekitar yang berlaku sama pada tarikh yang sama.

Namun begitu terima kasih kepada Presiden CHOR4x4 yang sudi untuk membantu serta memberitahu M4W tentang perkara yang berkaitan..

Oleh yang demikian, INTAN SURAYA akan ditunda sehingga diberitahu..okay..!


Tuesday, October 15, 2013

XPDC Sg Loh, Terengganu : 4-6 October 2013

Salam 4Wheelers..

Baru-baru ini M4W bersama rakan2 telah menyertai aktiviti offroading anjuran RPAT. Tujuan trip ini dianjurkan adalah untuk memantapkan semula komuniti ini disamping mengeratkan silatulrahim sesama rakan 4x4 di sebelah pantai timur, khususnya Terengganu.

Penyertaan yang hampir 40 buah kenderaan dari Kuala Lumpur dan Terengganu sememangnya menaikkan semangat setiap peserta yang mengambil bahagian. Ramai jugak ahli-ahli yang baru disamping mereka yang dah 'otai'....

Cuaca hujan di sebelah Terengganu memang memberi tanda tanya kepada peserta yang rata-rata tidak membuat persiapan kenderaan pada tahap maksimum, malah ada juga yang merupakan 'first timer'. Semua itu dapat di sangkal dengan tenang...kerjasama tahap maksimum bagi menyelesaikan semua rintangan.

Agak sukar untuk diterjemahkan segalanya disini..hanya photo dan video ini mampu memberi  segala penjelasannya...enjoi..!!



Kancil...??
nyaris jatuh gaung...!
aksi guide 'lentik'
muka kepuasan...bermain dengan lumpur
Konvoi pulang semula ke Kuala Lumpur dengan selamatnya, cuma beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan berusaha mencari bengkel serta kedai alatganti untuk membaiki kenderaan mereka..Saksikan suntingan video yang telah dibuat sekadar untuk menjamu mata anda yang tidak berkelapangan untuk join...



Thursday, September 5, 2013

Mini Konvoi Jalur Gemilang 2013


Syabas kepada Abdul Rahman Shariff dan Farhan Zainan yang telah memetik semangat Merdeka kepada sahabat handai yang berkelapangan untuk mengibar Jalur Gemilang sehari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan bau-baru ini. Kesinambungan XPDC yang sama pada tahun 2010 di semai semula atas semangant jati diri yang mengatasi segala rintangan.

Konvoi telah melewati beberapa laluan menyusuri Negeri Selangor seperti Sg Buloh, Kuang dan Rawang serta menyusuri Negeri Perak dalam daerah TgMalim, Sg Pulai, bersolat Jumaat bersama rakan2 4Wheelers di Ipoh serta Parit dan terus berakhir di Putrajaya pada hari yang sama sekitar jam 12malam disambut oleh D'Harung 4x4 Adventure Team.Kredit harus diberi kepada semua yang mengambil bahagian dalam persiapan yang agak terhad. Atas semangat ini, semua susuan acara dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Alhamdullilah..

Semoga inisiatif volunteerism begini harus dicontohi..

Lawang dgn LandRover

WanTen membuat briefing 

Wakil Belia4B...syabas



Antara sahabat2 yang support


Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 56


Salam 4Wheelers..

MALAYSIA kita kini sudah mencecah ke 56 tahun menyambut akan kemerdekaannya..maka dengan itu marilah sama-sama kita raikannya dengan mengisi semangat jatidiri kita agar patriotisma terus segar dalam jiwa sehingga ke hujung nyawa.

Hargai lah keamanan yang sedia ada agar kita akan terus menghirup udara yang damai dan seterusnya dinikmati oleh generasi kita yang akan datang.

MALAYSIA KU BERDAULAT, 
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Salam Kemerdekaan dari Malaysian4Wheelers 




* kekalkan kedamaian dan keharmonian negara supaya lebih senang offroaders untuk pergi offroading.... jika negara kucar-kacir..maknanya..kena simpan kereta bungkus dalam kelambu...=)

Monday, August 26, 2013

Ganu Kite...!

Salam 4Wheelers...

Kali ini M4W membawakan khas untuk anda yang mungkin akan ke sekitar Terengganu untuk aktiviti offroading pada bila-bila masa...maka dengan itu jangan lupa untuk 'store' no telephone workshop kenderaan 4x4 sebagai 'backup' jika mengalami sebarang masalah dalam perjalanan ke sana.

Tiada yang lebih penting selain menyimpan nombor-nombor penting ini bagi tujuan yang berkenaan..
Hassan merupakan 'towkey'

HSNH MAJU ENTERPRISE 
LOT 2266, JALAN KUANTAN-KEMAMAN
SEBELAH PERUMAHAN KASTAM GELIGA
24000 KEMAMAN, TERENGGANU

Hubungi : Hassan 013-9370817 / Zurinah 013-9543845