Saturday, March 16, 2013

Road to GAZA


Salam 4Wheelers..

Satu program ekspedisi yang membawa misi bantuan serta keamanan dengan menggunakan kenderaan 4x4 sedang dan bakal dirancang oleh beberapa sahabat yang tidak pernah putus putus berusaha dalam menyempurnakan misi kemanusiaan ini.

Pengalaman mereka dalam ekspedisi didalam dan diluar negara sebelum ini akan dimanafaatkan bagi mencapai intipati program ini yang bergerak bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Barisan penganjur Road2Gaza
Baru baru ini pertemuan dengan beberapa NGO, kelab 4x4 serta wakil-wakil pelajar dari Universiti tempatan telah diadakan di restaurant Ogy D'Greenwood bagi menyampai maklumat berkenaan dengan program yang akan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada masyarakat Islam di Gaza.

Ogy Ahmad Daud juga turut menyokong memberi perangsang kepada R2G

Antara wakil NGO yang hadir 


Program ini juga membuka peluang kepada semua masyarakat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam ekspedisi yang bakal mengambil masa selama 2 bulan bagi merentasi beberapa negara. Untuk maklumat, pihak penganjur juga telah turut mendapat beberapa pengesahan kerjasama dari NGO Islam yang berada di laluan bagi menyokong serta membantu disepanjang laluan yang bakal ditempuhi. 

Kepada anda yang berminat untuk mengambil bahagian dalma acara ini, sila rujuk maklumat didalam Facebook : Road2Gaza

Malaysian4Wheelers senantiasa berada dibelakang membantu serta menyokong dan mengucapkan Syabas kepada mereka yang bersungguh sungguh dalam menyampai sumbangan melalui jalan darat menuju ke Gaza.

No comments: