Tuesday, March 26, 2013

KUNCI Steering anda..!

Salam 4Wheelers..

Kewujudan kelab-kelab baru serta penggiat sukan 4x4 yang semakin cergas, sedikit sebanyak membantu menaikan kadar serta jumlah penggunaan kenderaan yang serba boleh ini di tanahair kita ini. Secara tidak langsung, ini memberikan 'impact' yang baik untuk membangunkan sektor sukan permotoran yang lebih professional pada masa kini dan akan datang. Cuba anda lihat, nisbah kenderaan 4x4 ini adalah bersamaan 3:10...boleh tahan juga..(adalah melalui pengamatan penulis sekitar residensi terhampir) 

PAJERO
Paling ketara ianya juga menyumbang kepada peningkatan terhadap kuasa membeli alat ganti dari pengedar yang sah mahupun yang sebaliknya. Berikutan dengan itu, banyak juga kes-kes kehilangan kenderaan jenis ini dari spesis popular seperti Mitsubishi PAJERO dan yang terlaris Toyota LANDCRUISER2. Kita bukan nak menuding siapa-siapa, tapi hanya sekadar berkongsi maklumat untuk semua.

LandCruiser
Dengan adanya permintaan yang tinggi, maka sumber mendapatkan alat ganti tertentu dipintas oleh individu yang mahu wang segera dengan cara yang salah disisi undang-undang. Tanpa disedari, kemungkinan kita sendiri terbeli 'parts' yang datangnya dari kenderaan rakan sendiri yang telah di'rembat' oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini.  


Maka berkaitan dengan perkara ini, M4W sekadar memberi penyelesaian 'simple' untuk kebaikan semua dengan memastikan kenderaan anda ini dikunci dengan betul. Labur lah sedikit wang untuk memasang 'steering lock' agar menambah kesusahan kepada si pencuri kereta untuk membuat operasi mereka. Kalau tayar lipan tu boleh pulak kita sanggup beli hingga mencecah RM850 sebiji..apalah sangat bermodalkan RM50 untuk 'steering lock'..mungkin kita terlepas fikir tentang keperluannya alat ini.



Oleh itu, anda renung-renungkan..kalau terasa ingin memilikinya, barang ini sememangnya mudah terdapat dikedai-kedai aksesori yang bersepah di sekitar kawasan anda..pasar malam pun ada jual. Tepuk dada...tanya selera..and all the best untuk semua..

1 comment:

Anonymous said...

I have to thank you for the efforts you've put in writing this site. I am hoping to view the same high-grade blog posts from you in the future as well. In fact, your creative writing abilities has inspired me to get my own website now ;)

my homepage ford ranger forum