Sunday, July 28, 2013

M4W Ramadhan Eyeball : 26 July 2013 di Ghulam Mee, Kota Damansara

Salam Ramadhan.

Untuk pembaca dan followers M4W melalui blog ini, Jumaat lepas kita mengadakan session ini yang mana ianya bertujuan untuk mengumpul semula sahabat handai agar tidak terputus hubungan. Maklum saja, bulan puasa ini semua sibuk dan pakat-pakat simpan jentera masing masing demi memberi tumpuan kepada ibadat puasa yang mulia ini.




Acara makan-makan serta minum-minum ini memang tradisi tahunan M4W. Macam biasa kita akan jemput semua penggiat aktiviti 4x4 sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang untu bersama. Respon baik dari mereka yang hadir demi memantap semangat 4x4 dikalangan kita.

Syabas dan tahniah serta terima kasih atas sokongan semua yang hadir pada malam tersebut..suasana meriah seperti menyambut Hari Raya pulak..








Lepas ini, kita tunggu pulak himpunan 4Wheelers bagi menyambut Hari Raya..ada sesiapa yang berani nak organize..?

M4W mengucapkan : Selamat meneruskan Puasa...!

Sunday, July 21, 2013

Program Ramadhan Bersama Orang Asli

Salam Ramadhan.

Di sepanjang bulan yang mulia ini,  banyak aktivis 4x4 menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini sudah menjadi satu tradisi bagi mereka kerana sifat prihatin serta tangungjawab mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik. 

Kebiasaannya, penggiat aktiviti 4x4 lebih suka untuk memilih menghantar sumbangan kepada masyakat Orang Asli kerana kelebihan yang ada pada kenderaan mereka kerana lebih mudah untuk merentasi laluan sukar jika dibandingankan dengan kelab kenderaan (Motorsikal/Kereta dsbgnya) yang lain. Itu keistimewaannya, secara tidak langsung golongan masyarakat Orang Asli ini tidak terpinggir dalam menikmati sumbangan Ramadhan seperti keluarga miskin yang berada di sekitar bandar ataupun kampung diluar sana.


Baru-baru ini, sahabat-sahabat M4W sekitar tanahair bergabung atas usaha sendiri telah menyampaikan hasrat dengan mengadakan konvoi ke POS Kuala Mu, Sg Siput dengan membawa sumbangan makanan bagi penduduk Orang Asli yang beragama Islam disana.  


Inisiatif sebegini sememangnya sudah menjadi amalan setiap manusia tanpa mengenal bangsa atau agama dalam membuktikan keprihatinan mereka kepada gologan yang kurang bernasib baik. Masyarakat Orang Asli disini amat bertuah kerana program ini merupakan acara yang berterusan kerana hubungan baik serta keterbukaan terhadap aktivis 4x4 yang sering datang ke kawasan mereka. Ini sebagai tanda terima kasih penggiat 4x4 kepada keluarga Orang Asli disini.

Pengagihan keperluan sedang dijalankan

Azmarul dan High Mobility Vehicle 'PINZGAUER'
(pronounce as Pinz-gow-er)

Tahniah kepada 4Wheelers yang menganjurkan program ini, anda akan memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat. Satu imej terbaik yang harus dicontohi oleh semua golongan. Semoga pengorbanan anda di bulan Ramadhan ini akan dibalas dengan kebaikan dari Allah S.W.T dan dikenang selalu.

M4W mengucapkan Syabas..! 

(sumber photo : FaceBook : Chekok dan Jeff)

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Al Mubarak Wishes


Ramadhan is coming to shower all blessings of Allah Upon you, may you get benefit from each hour of this holy month of Ramadhan!


In this special month of Allah all evils are chained so that they could not astray us from right path, may we act on all commands of Allah special in this month of forgiveness! 

Salam Ramadhan  to our fellow 4Wheelers..

Monday, July 1, 2013

LIBUR - Issue Julai 2013


Dapatkan Majalah LIBUR bagi bulan Julai 2013 yang menterjemahkan ekspedisi 'offroading' serta pengalaman menarik penulis disepanjang acara tersebut. Banyak perkara serta ilmu yang bakal dikongsi sama, tidak kurang dengan photo-photo menarik yang sempat dirakam.

Antara 'captured' yang klasik..
Semoga kolaborasi M4W dan LIBUR akan terus terjalin bagi mempromosikan aktiviti rekreasi 4x4 untuk semua rakyat Malaysia, khususnya pembaca dan pengikut setia LIBUR.

All the best..!