Sunday, July 28, 2013

M4W Ramadhan Eyeball : 26 July 2013 di Ghulam Mee, Kota Damansara

Salam Ramadhan.

Untuk pembaca dan followers M4W melalui blog ini, Jumaat lepas kita mengadakan session ini yang mana ianya bertujuan untuk mengumpul semula sahabat handai agar tidak terputus hubungan. Maklum saja, bulan puasa ini semua sibuk dan pakat-pakat simpan jentera masing masing demi memberi tumpuan kepada ibadat puasa yang mulia ini.




Acara makan-makan serta minum-minum ini memang tradisi tahunan M4W. Macam biasa kita akan jemput semua penggiat aktiviti 4x4 sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang untu bersama. Respon baik dari mereka yang hadir demi memantap semangat 4x4 dikalangan kita.

Syabas dan tahniah serta terima kasih atas sokongan semua yang hadir pada malam tersebut..suasana meriah seperti menyambut Hari Raya pulak..








Lepas ini, kita tunggu pulak himpunan 4Wheelers bagi menyambut Hari Raya..ada sesiapa yang berani nak organize..?

M4W mengucapkan : Selamat meneruskan Puasa...!

No comments: