Di sepanjang bulan yang mulia ini, banyak aktivis 4x4 menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini sudah menjadi satu tradisi bagi mereka kerana sifat prihatin serta tangungjawab mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Kebiasaannya, penggiat aktiviti 4x4 lebih suka untuk memilih menghantar sumbangan kepada masyakat Orang Asli kerana kelebihan yang ada pada kenderaan mereka kerana lebih mudah untuk merentasi laluan sukar jika dibandingankan dengan kelab kenderaan (Motorsikal/Kereta dsbgnya) yang lain. Itu keistimewaannya, secara tidak langsung golongan masyarakat Orang Asli ini tidak terpinggir dalam menikmati sumbangan Ramadhan seperti keluarga miskin yang berada di sekitar bandar ataupun kampung diluar sana.
Baru-baru ini, sahabat-sahabat M4W sekitar tanahair bergabung atas usaha sendiri telah menyampaikan hasrat dengan mengadakan konvoi ke POS Kuala Mu, Sg Siput dengan membawa sumbangan makanan bagi penduduk Orang Asli yang beragama Islam disana.
Inisiatif sebegini sememangnya sudah menjadi amalan setiap manusia tanpa mengenal bangsa atau agama dalam membuktikan keprihatinan mereka kepada gologan yang kurang bernasib baik. Masyarakat Orang Asli disini amat bertuah kerana program ini merupakan acara yang berterusan kerana hubungan baik serta keterbukaan terhadap aktivis 4x4 yang sering datang ke kawasan mereka. Ini sebagai tanda terima kasih penggiat 4x4 kepada keluarga Orang Asli disini.
Pengagihan keperluan sedang dijalankan |
Azmarul dan High Mobility Vehicle 'PINZGAUER' (pronounce as Pinz-gow-er) |
Tahniah kepada 4Wheelers yang menganjurkan program ini, anda akan memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat. Satu imej terbaik yang harus dicontohi oleh semua golongan. Semoga pengorbanan anda di bulan Ramadhan ini akan dibalas dengan kebaikan dari Allah S.W.T dan dikenang selalu.
M4W mengucapkan Syabas..!
(sumber photo : FaceBook : Chekok dan Jeff)
1 comment:
Salam. Saya ada turut serta program ini bersama chekok dan lain2 ketika itu saya naik pajero bersama Jeff dan Abg Mat. Best tempat tu sejuk giler. Ada ambil gambar2 jugak disana kalau nak tengok masuk fb saya www.facebook.com/harrmann sheerwood ... seronok join team 4WD
Abg Man (HarrMann)
Post a Comment