Another story about the Pelangi Waterfall of Sg Lembing.
Sudah, lagi, sering, mahupun kerap menjadi lokasi favourite untuk offroaders yang mahu lari dari kesibukan kota untuk jangka masa yang lebih pendek. Pada 15-17 Nov lepas, Sg Lembing sememangnya telah menjadikan ianya sebagai satu impian kerana laluan offroad yang agak ringan, sesuai untuk trip sekeluarga..mereka yang mahukan trip lebih santai...M4W memang tak kisah sangat..yang penting ada ruang untuk mendamaikan diri. Kalau yang nk lebih keras, kita cari yang keras..
Tapi kali ini, Din Medan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi team dapur..dengan kelengkapan biasa 'dapur' bergeraknya menyimpan stok makanan terbaik untuk hidangan rakan rakan. Jeff pula turut memainkan peranan sebagai 'convoy leader' disepanjang trip dengan cukup baik. Itulah yang kita nak terapkan agar pembahagian tugas itu seharusnya memberi peluang kepada semua agar ilmu atau amalan dapat di salur dengan baik serta teratur...Syabas rakan..!
Trekking ke Air Terjun Pelangi tidak mengecewakan kerana dapat juga menatap jaluran 7 baris warna pelangi yang cantik sebagai bukti keindahan yang sukar ditafsirkan. Walhal..sudah beberapa kali pun kita tengok, tapi apa yang penting, adalah kepuasan..
Rombongan pulang dengan selamat dan penuh keceriaan. Apa lagi kepada mereka yang baru pertama kali 'join' trip seperti ini. Semoga dapat ketemu lagi dalam trip yang lain.
Jom offroad lagi..!
3 comments:
salam bang. kalau ada trip sungai lembing bole roger saya tak..? harap sangat nk pegi lagi skali.
azliza.mb@gmail.com
0143380370
dlu saya penah join trip abg yg masuk tv3, al hijrah tu..
ok..no problem..Insyallah jika ada trip ke Sg lembing saya akan inform melalui email.
Anyway, pada 11,12 dan 13 January 2014, kita akan ada trip ke Lost Waterfall, Jerantut. RM350 per pax.
Jika minat harap dpt infom. Thank you
nk tahu dr jln mane masuk air terjun ?
mind drop me me a msg ozy95@live.com.my
Post a Comment