Sunday, January 19, 2014

Kopikaw@Kenaboi : WOW#15

Salam4Wheelers...!!
Agak lambat untuk beri updates tentang 4x4 trip baru-baru ini...macam2 yang perlu diselesaikan..maklum saja..budak2 pun baru bukak sekolah...dan juga dengan kehadiran beberapa perkara yang menyebabkan kadang2 terpaksa 'skipped' beberapa story untuk dikongsi bersama.



Operasi 'cantas'
kerjasama sangat penting...!
Namun begitu..aktiviti offroading penutup bagi tahun 2013 untuk Malaysian4Wheelers telah dipilih untuk berlangsung di Kenaboi pada 28-29 Dec 2013. Atas usaha serta Initiated by Chekok and Jeff yang turut disertai oleh sahabat handai seperti Champ Junior, Wan Hishamuddin, Ridzuan Mat Dom, Amier Mrbig, Norhayati Jamaluddin, Amir Lagong, K-ROG, AhLai, Rizam, Ain, Medklin dan beberapa orang lagi. Dalam gitu pun, 13 buah jentera yang ambil bahagian pada rip tersebut.  

Panhard rod  yang patah sedang di baiki oleh Champ2
Rut yang agak mencabar
Tenaga 'co-pilot' sebagai perintis laluan, memang diperlukan...
Trek agak mencabar juga kerana laluan ini kelihatan seperti sudah tiada orang yang melaluinya bagi jangkamasa yang agak lama. Hampir sepanjang laluan, pokok resam dan buluh sudah menutupinya. Tidak kurang juga dengan beberapa 'mudpool' yang perlu di beri perhatian sewaktu melewatinya. Trek yang licin memenang memberi cabaran kerana penggunaa tayar yang baik sekalipun belum tentu mampu mencakar lantai hutan dengan baik.

sembang brekfast oleh Big..
cuci cuci...!
Rizam dari Melaka
Secara keseluruhan, rintangan yang ada disini cukup mencabar juga..rimbunan pokok pokok buluh memang antara yang mencabar selain ruts serta tebing2 bukit yang geli.. Semua obstacles dapat diselesaikan dengan semangat kerjasama yang tinggi dikalangan peserta..namun begitu 12 jam juga diperlukan bagi menghabiskan trek ini. 
nice caption by Azlan
Tahniah kepada semua yang menyertainya..jumpa lagi dalam trip yang lain pulak..
Untuk video, sila browse : http://www.youtube.com/watch?v=3JrAQhLTXTk
M4W mengucapkan....Selamat Meneruskan offroading....! (bahasa pun x berapa nak betul)

Monday, January 13, 2014

Rui Mendes : Trans Asia Expedition 2014

Salam 1Malaysia.


Dengan semangat 4Wheelers yang tinggi, Rui Mendes dan Maria, pasangan suami isteri warga Venezuela sedang dalam melengkapkan eksplorasi mereka di tanah ASEAN yang berangkai bermula dari Malaysia dan dijangka akan ditamatkan di Hanoi, Vietnam pada 16 Feb 2014. 

Mereka telah menghubungi Malaysian4Wheelers melalui laman blog ini untuk meminta bantuan 'guidance' serta memberi panduan tentang 'route' yang terdapat di Malaysia. Ini merupakan satu penghormatan serta peluang terbaik kepada M4W serta warga penggiat 4x4 di Malaysia khususnya. 


Pajero Montero 3.0 cc
Destinasi yang bakal dilalui oleh Rui Mendes
Malaysian4Wheelers telah bersama sama membantu sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur untuk urusan mengeluarkan kenderaan Mitsubishi Pajero Montero 3.8 - V6 yang berada di Wesport. Selain daripada itu memberi panduan route yang perlu dilalui untuk menuju ke sempadan Malaysia-Thailand. Terima kasih pada rakan2 yang sama2 turut membantu Rui Mendes dan Maria dalam xpdc yang julung kalinya diadakan oleh warga Venezuela dan orang yang pertama menjejakkan kenderaan mereka di negera Asean.


Orked bersama Maria
Tok Uban dan Amir Lagong sedang berbincang untuk mendapatkan laluan yang sesuai
Satu untuk semua..Din Medan, Lagong, Maria, Rui dan TokUban
Semasa di Westport untuk membawa kereta keluar dari kapal

Dengan sokongan serta bantuan rakan rakan 4Wheelers dari seluruh Malaysia, kami berharap agar ianya akan memberi satu persepsi dan pandangan yang positif oleh mereka. Sudah pastinya ini juga akan dapat mempromosi Malaysia sebagai lokasi terbaik untuk dilawati. 

Semoga beliau sukses dalam menyempurnakan misi ini. 
All the best..

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Ucapan ditujukan kepada semua penggiat aktiviti 4WD di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang boleh memahami bahasa nusantara ini.

Banyak pengalaman, asam garam sepanjang 2013 didalam aktiviti serta program yang berkaitan dengan 4x4 yang akan dijadikan batas serta panduan bagi menempuh hari yang mendatang.

Malaysian4Wheelers bersama seluruh rakan amat menghargai sumbangan antara satu sama lain bagi memantapkan semangat 4x4 sesama kita. 
Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

SELAMT TAHUN BARU 2014