Sunday, January 19, 2014

Kopikaw@Kenaboi : WOW#15

Salam4Wheelers...!!
Agak lambat untuk beri updates tentang 4x4 trip baru-baru ini...macam2 yang perlu diselesaikan..maklum saja..budak2 pun baru bukak sekolah...dan juga dengan kehadiran beberapa perkara yang menyebabkan kadang2 terpaksa 'skipped' beberapa story untuk dikongsi bersama.



Operasi 'cantas'
kerjasama sangat penting...!
Namun begitu..aktiviti offroading penutup bagi tahun 2013 untuk Malaysian4Wheelers telah dipilih untuk berlangsung di Kenaboi pada 28-29 Dec 2013. Atas usaha serta Initiated by Chekok and Jeff yang turut disertai oleh sahabat handai seperti Champ Junior, Wan Hishamuddin, Ridzuan Mat Dom, Amier Mrbig, Norhayati Jamaluddin, Amir Lagong, K-ROG, AhLai, Rizam, Ain, Medklin dan beberapa orang lagi. Dalam gitu pun, 13 buah jentera yang ambil bahagian pada rip tersebut.  

Panhard rod  yang patah sedang di baiki oleh Champ2
Rut yang agak mencabar
Tenaga 'co-pilot' sebagai perintis laluan, memang diperlukan...
Trek agak mencabar juga kerana laluan ini kelihatan seperti sudah tiada orang yang melaluinya bagi jangkamasa yang agak lama. Hampir sepanjang laluan, pokok resam dan buluh sudah menutupinya. Tidak kurang juga dengan beberapa 'mudpool' yang perlu di beri perhatian sewaktu melewatinya. Trek yang licin memenang memberi cabaran kerana penggunaa tayar yang baik sekalipun belum tentu mampu mencakar lantai hutan dengan baik.

sembang brekfast oleh Big..
cuci cuci...!
Rizam dari Melaka
Secara keseluruhan, rintangan yang ada disini cukup mencabar juga..rimbunan pokok pokok buluh memang antara yang mencabar selain ruts serta tebing2 bukit yang geli.. Semua obstacles dapat diselesaikan dengan semangat kerjasama yang tinggi dikalangan peserta..namun begitu 12 jam juga diperlukan bagi menghabiskan trek ini. 
nice caption by Azlan
Tahniah kepada semua yang menyertainya..jumpa lagi dalam trip yang lain pulak..
Untuk video, sila browse : http://www.youtube.com/watch?v=3JrAQhLTXTk
M4W mengucapkan....Selamat Meneruskan offroading....! (bahasa pun x berapa nak betul)

No comments: