Dengan semangat 4Wheelers yang tinggi, Rui Mendes dan Maria, pasangan suami isteri warga Venezuela sedang dalam melengkapkan eksplorasi mereka di tanah ASEAN yang berangkai bermula dari Malaysia dan dijangka akan ditamatkan di Hanoi, Vietnam pada 16 Feb 2014.
Mereka telah menghubungi Malaysian4Wheelers melalui laman blog ini untuk meminta bantuan 'guidance' serta memberi panduan tentang 'route' yang terdapat di Malaysia. Ini merupakan satu penghormatan serta peluang terbaik kepada M4W serta warga penggiat 4x4 di Malaysia khususnya.
Orked bersama Maria |
Tok Uban dan Amir Lagong sedang berbincang untuk mendapatkan laluan yang sesuai |
Satu untuk semua..Din Medan, Lagong, Maria, Rui dan TokUban |
Semasa di Westport untuk membawa kereta keluar dari kapal |
Dengan sokongan serta bantuan rakan rakan 4Wheelers dari seluruh Malaysia, kami berharap agar ianya akan memberi satu persepsi dan pandangan yang positif oleh mereka. Sudah pastinya ini juga akan dapat mempromosi Malaysia sebagai lokasi terbaik untuk dilawati.
Semoga beliau sukses dalam menyempurnakan misi ini.
All the best..
No comments:
Post a Comment