Scenario kegiatan 4x4 di Malaysia kini sudah semakin pesat bergerak. Rata-rata dijalanraya sekarang ini sering kelihatan spesis kenderaan 4x4 samada yang standard spesifikasinya mahupun yang sudah 'dipecahkan' daranya..tapi itu semua merupakan tanda-tanda positif yang membawa maksud bahawa perlu ada satu 'body' yang memantau dan memberi arah panduan pada penggiat 4x4 ini agar tidak menyongsang dari asas hobi mereka.
gambaw hiasan...! |
Bila dah banyak penggiat 4x4, maka seharusnya semua pihak kena ambil inisiatif untuk membawa semua duduk semeja, merapatkan saf bagi mengukuhkan aliran aktiviti 4x4 supaya lebih relevan serta berkualiti. Kelab-kelab yang sudah kukuh berdaftar, aktif dan berpengaruh harus memainkan peranan untuk membuka mata dan minda semua aktivis ini untuk bersama-sama mengangkat sukan 4x4 ini ketahap yang lebih tinggi tanpa tidak menolak standard RFC itu sendiri yang berwajah international peringkat penganjurannya. Hasil duduk semeja pula, setidak-tidaknya apa saja event yang dijalankan boleh diletakkan dalam satu kalendar tahunan 4x4 di Malaysia, agar tidak berlaku pertindihan acara.
kereta Din Medan nih..!!
Tolak segala kelainan pembawakan fahaman sesama 4Wheelers, kerana kita faham setiap mereka ada prinsip, misi serta visi yang berlainan bagi membawa kelab-kelab mereka ke satu tahap yang sangat baik dan dihormati. Tapi kita lupa, apa yang kita buat itu mungkin tidak ada keselesaan untuk sesuatu itu menerimanya dengan terbuka.
hiasan je...! |
Dengan merujuk kepada beberapa 'orang lama' dalam kegiatan 4x4, mereka memang merasakan bahawasanya, pengkhususan aktiviti offfroading sekitar tahun 80'an sangat berbeza kerana sumber mendapatkan peralatan amatlah terhad..semuanya menggunakan idea serta kreativiti sendiri..sebagai contoh..menggunakan 'chainblock' sebagai ganti 'winch'..pada ketika itu..itu dulu..! sekarang lain la...winch hantu semua pun ada... :)
Dipendekkan cerita, regulasi aktiviti 4x4 di Malaysia memang belum dapat di dokumenkan kerana masih banyak perbezaan ketara dalam konsep sesama kita semua dan ini memang tidak dapat dinafikan. Observation mengatakan bahawa kita perlu menyelaraskan banyak perkara sebagai contoh : Rules & Regulations dalam pertandingan (challenge), syllabus @ sukatan pelajaran (bagi jurulatih 4x4 yg melatih agensi/korporat)...dan banyak perkara lagi yang harus diberi perhatian..adakah kita tahu atau sedar peranan MAM dalam penganjuran setiap offroad challenge yang diadakan di Malaysia..? Fuhhh..!! banyak lagi sudut yang perlu kita tengok seperti recreational dan safety...dan macam2 lagi...
gambar hiasan..Hilux Arwin..sexy..! |
Penubuhan 'Malaysia Offroad Federation' yang membawa objektif untuk menyatukan kelab 4x4 dalam satu bumbung..pernah diperjuangkan beberapa tahun dahulu tetapi masih tidak dapat dilaksanakan lagi... ada kemungkinan akibat 'resources' serta 'foundation' yang kurang kukuh...atau mungkin lumrah manusia yang lambat nak terima perubahan.
Mungkin kita boleh cuba buka minda dan intai-intai jiran sebelah..yang baik kita ambik...yang tak elok tu, takyah la ikut... ;)
Selamat Offroading...!
6 comments:
Salam, saya setuju agar dapat disatukan arah tuju semua 4wheeler, tapi saya percaya, bukan mudah nak satukan semua, sebab dari pendapat saya,masing-masing punya pandangan yg berbeza..tapi atas dasar mencari pendapatan atau sesuatu yg unik , mungkin ada sedikit persaingan..tapi kalu semua faham dan bersikap positif..insyallah bole disatukan hala tuju. Cuma sekadar pendapat dari hamba yg sgt cetek dan sedikit ilmunya..maaf semua kalau tersalah tulis..hi hi..happy 4wheeling.
Salam Nazli KOA..
Betul sangat tu..mmg susah tapi kalau tidak cuba..sampai bila pun kita masih ditakuk lama..buat aktiviti untuk kelompok sendiri..kita kena byk buat kolaborasi sesama kita..gitu la...ini pun sekadar pandangan dari hamba yg cetek pngetahuan..sama sama la kita pikirkan...thanks dan selamat offroading..!
dalam perbezaan ada persamaan. Atas dasar persamaan yang ada, tidak mustahil boleh bersatu. korbankan sikit ego group2 sendiri untuk mendapat manfaat yang lebih besar. ini pun sekadar pandangan dari patik yang cetek ilmu dan pengalaman...hehehe...
dalam perbezaan ada persamaan. Atas dasar persamaan yang ada, tidak mustahil boleh bersatu. korbankan sikit ego group2 sendiri untuk mendapat manfaat yang lebih besar. ini pun sekadar pandangan dari patik yang cetek ilmu dan pengalaman...hehehe...
Sdr Anonymous..
Memang benar..saya pun sokong..tidak ada yg mustahil utk dilaksanakan..kena lebih terbuka..
Selain itu, aktiviti 4x4 di Malaysia ini bukan sekadar hobi..malah ia juga mampu menjana ekonomi untuk negara mcm byk Wokshop serta peluang perniagaan yg berkaitan dgn nya. Bole minat pelancong dtg ke Malaysia..latihan pemanduan 'offroad' mungkin akan jadi pilihan mereka utk dtg ke negara kita..tapi kita pulak kena pastikan 'jurulatih' kita ni qualified dalam bidang yang berkaitan..bukan tangkao muat..gitu la..
Dari segi aktivti rekreasi nya..sama2 lah kita jaga kebersihan alam sekitarnya..
wow..banyak jugak yg beri respon ttg ini..baguslah agar ada kesedaran dari pelbagai pihak..M4W cuma nk buat mana yg terdaya..agar dapat semua orang buat yg terbaik utk semua..all the best..! terima kasih atas feedback anda..
Post a Comment