Monday, February 24, 2014

LuBook QaWah : The Cape of Malim


Salam 4Wheelers seantero tanahair...

Agak pelik jika dibaca dengan ejaan yang sebetulnya, seolah-olah tak pasti dimanakah lokasi yang tulis diatas tajuk ini. Tapi jika di amati dengan betul-betul..maka dengan mudah ianya menterjemahkan lokasi tersebut lebih senang dikenali sebagai 'Lubuk Kawah'  yang terletak berhampiran pekan Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. 

M4W bagi kali ini menukar haluan dari Intan Suraya ke Lubuk Kawah oleh kerana beberapa masalah lokasi serta teknikal yang sukar nak di atasi. Tiada kompromi kerana tarikh event telah di tetapkan..walau apa pun..kemana saja lokasi offroad harus dijajahi..maka Lubook QaWah ini yang menjadi pilihan.


13 buah jentera pelbagai jenama seperti biasa tersusun gagah di RnR Rawang (Arah Utara) sekitar jam 10 malam..agak lewat juga kehadiran rakan2 kerana siang tadi mereka terlibat dengan acara di Selesa Hill  Resort. Namun begitu kelewatan ini memang sudah dijangka kerana telah diberitahu bahawa ada kejadian kemalangan semasa dalam perjalanan mereka kesini. 

Jam 12.30 malam, berlepas melewati PLUS hingga ke exit Tanjong Malim lalu bersatu dengan rakan M4W dari Penang iaitu Tok Mudim bersama LC2 nya dan Shukri dari Ipoh menanti dengan penuh setia semenjak jam 11 malam.   

Tiba di campsite sekitar jam 2 pagi lalu melengkapkan persiapan sementara menunggu pagi untuk menuju ke klimaks acara trip ini. Kami jadikan lokasi ini sebagai Base Camp kerana dalam trip kali ini terdapat beberapa jentera yang masih 'dara' yang belum sedia untuk bermain dengan lebih kasar.

Cuaca agak kering menjelang siang, tapi trek ini mungkin bukan calang calang kenderaan yang mampu bertarung dengan kuasa nature yang sedia ada. Mungkin kemahiran individu harus juga digabungkan untuk  membawa jentera anda naik dan turun dengan selamat. 



Fuhhh..!!! lubang yang dikenali sebagai 'Lahat' sememangnya mampu memberikan cenderamata bermakna untuk semua kenderaan yang melewatinya. Bukit2 tegak ini tak boleh dilalui dengan cara pemanduan yang manja. Terma yang selalu digunakan oleh offroaders "Cassss...." itu saja yang membolehkan anda sampai ke puncak bukit tersebut dengan jayanya (tapi dalam hati rasa pedih sbb side mirror pun boleh patah) .. all the best guys...!


                                      
Deretan 4WD, tiba dengan selamat di lokasi terakhir Lubook QaWah..muka gembira bercampur campur dan berselang dengan wajah berkerut menahan cuaca panas...tapi gembira semula sebab dapat bermandian di campsite paling akhir dalam trek laluan yang mencabar ini. Jika diambil kira akan tahap kesusahannya, ternyata ianya memang sukar lebih-lebih lagi diwaktu musim hujan. Oleh itu persiapan maksimum dengan kelengkapan recovery yang berkondisi superb perlu di beri perhatian..


Acara akhirnya disudahkan dengan membawa rasa kepuasan bagi mereka yang pertama kali sampai disini. Sungai nya yang sejuk, masih kekal cantik dan bersih, tetapi ada juga longgokkan sampah yang dibiarkan oleh pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab.  

Sekalung terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Penyertaan dari individu dengan pelbagai latarbelakang mereka akan memberi satu dimensi baru untuk mencantum idea bernas bagi aktiviti yang akan datang atas dasar kolaborasi. Tahniah kepada Basni (Hilux Tuners Club) dan Wan (Triton Tuners Club) yang turut serta dalam trip kali ini.

Jumpa lagi dalam trip yang lain...itu pun kalau sempat ;)

M4W mengucapkan..All the best to you...!

No comments: