Jemputan dari 4Wheelers kepada 4Wheelers...
Satu program gabungan antara M4W, Sahabat Kental Offroaders (SKOFF), Raja Rimba Adventure (RRA) dan Lubuk Trekker (LT) akan diadakan kerana menyedari perlu adanya 'trend setter' kepada acara gabungan seperti ini. Aktiviti yang mempunyai objektif untuk memantapkan silatulrahim sesama offroaders, maka ianya patut dihadiri oleh semua...dan harus di ingat bahawa aktiviti ini terbuka kepada semua pencinta aktiviti offroading tanpa mengira dari kelab atau persatuan mana mereka datang.
Sebagai menghormati kewujudan serta komitment Kelab 4x4 Pahang dan Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang mereka juga akan turut sama untuk membantu penganjuran ini sebagai support team.
Sehingga blog ini ditulis, penganjur telah mencatatkan sekitar 60 buah kenderaan sudah berdaftar untuk menyertai acara ini. Satu perkembangan yang positif dan kami mengharapkan agar ianya akan menjadi satu acara yang terbaik bagi rekod penganjuran kami sendiri yang sama2 bekerjasama tanpa mengharap sebarang keuntungan.
Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara yang berkenaan, anda bolehlah menghubungi koordinator masing-masing seperti berikut :-
Sahabat Kental - Blind Pilot (012-4017736)
Lubuk Trekker - Nizam Tengas (011-11581423)
M4W - Ryzal Salleh ( 011-21267542)
No comments:
Post a Comment