Thursday, May 8, 2014

M4W ke Jakarta : 24 April - 27 April 2014

Salam 4Wheelers..

Pada asalnya, cadangan untuk ke Jakarta ini hanya sekadar idea yang setakat suka-suka. Ini tercetus sebaik kami keluar dari offroading di Kenaboi dan ketika melewati Jalan Ampang, kelihatan papan iklan sebesar jejantas yang tertulis "Welcome To Jakarta". Langsung ianya terjadi dengan nyata serta sukses nya baru-baru ini selepas dirancang selama hampir 3 bulan.

Dicantikkan lagi dengan susunan agenda yang penuh bagi melengkapkan lawatan ke Jakarta yang pada asalnya hanya hendak mencari aksesori2 jenama JEEP yang banyak terdapat di Indonesia. Peluang trip ini telah diambil dengan sebaiknya apabila kami menyusun program lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang disambut baik oleh petugas serta pegawai serta Wakil Duta Besar ketika kami mengunjungi mereka.

Bersama YM Raja Nizam ( Kedutaan Malaysia Jakarta)
penyerahan cenderamata oleh Jeff 

khas untuk IOF
Lawatan kami ke Pejabat Indonesia Offroad Federation (IOF) di Jl LamandauRaya disambut mesra oleh Ibu Rina dan Pak Agus yang mewakili Bapak Presiden Rosmanhadi yang pada ketika itu juga sedang menghadiri mesyuarat yang lain. Kami amat mengkagumi IOF kerana kekuatan mereka yang mampu bergambung dengan jumlah kelab 4x4 yang sangat besar. Mereka sangat aktif serta akur dengan pengarahan undang2 yang telah ditentukan oleh pihak IOF bagi memantapkan sukan 4x4 ini seluruh Indonesia...wajar juga kita mencontohi mereka..

Selama 4 hari kami disana, sempat juga membeli belah untuk diri sendiri serta keluarga yang diingati selalu. Kunjungan ke lokasi lokasi utama di Jakarta juga dapat kami lengkapkan kerana kesuntukan masa akibat kesesakan jalanraya yang sangat hebat di Kota Jakarta. Yang sibuk membeli belah barangan aksesori..memang tak ingat dunia..kerana barang yang dicarai adalah yang paling sukar didapati di Malaysia. Maka mereka tidak berlengah untuk memborongnya.....

Sendiri mahu ingat...Amareka..!!
sempat kami bersolat jemaah di Masjid Istiqlal
Pengalaman manis sepanjang trip sangat mengujakan. Biasanya M4W akan 'offroading' tapi kali ini beribur di Jakarta sambil membawa mandat sebagai delegasi 4x4 dari Malaysia yang berkunjung secara rasmi ke pejabat IOF dan Kedutaan Besar Malaysia. Terasa diri ini sangat penting untuk negara..ternyata apabila kami sangat di hargai disepanjang acara tersebut. Terima kasih kepada penaja pakaian : JIB AUTO, HD Automotive, Jasa Gemilang Resources dan SUUNTO.

HARD Rock Jakarta..!!
Group photo di MONAS
Makanan lazat dan murah
Dinner oleh IOF

Terima kasih kepada semua : 

Dari kiri belakang : Pamelo, Wan4, Nizam JB, Krog, Yem, Mkay dan Jeff
Dari kiri hadapan  : Yati, Amir Lagong, Max, Tok Uban dan Che Su

No comments: