Monday, January 26, 2015

Offroaders dan Radio


Salam 4Wheelers dan Hamsters.

Setelah melalui beberapa misi bantuan banjir secara indie baru baru ini, rasa macam ada sesuatu yang perlu dikongsi agar dapat memberi dorongan kepada semua..khususnya penggiat aktiviti 4x4 dalam tanahair tercinta..Malaysia ni...sebabnya pada satu ketika itu, berlaku pertindanan dan gangguan (distortion/interference) didalam setiap level frekuensi radio oleh kerana kapasiti penggunaan yang sangat  tinggi didalam operasi menyelamat, konvoi yang menghantar bantuan dan sebagainya. (terma bahasa yang digunakan mungkin agak tak berapa tepat dan best..kalau salah tolong bagitau yea..)

Bagai satu pasangan yang tidak boleh di pisahkan..alat komunikasi radio memang sering berkait rapat dan hampir semua penggiat aktiviti sukan permotoran mesti memiliki nya. Tahap mana pemahaman mereka tentang tatacara penggunaan, pengoperasian mahupun teknikal, itu adalah perkara yang sukar untuk diterjemahkan..pandai pandai lah sendiri..

Suatu ketika dahulu, selain operator radio amateur biasa yang senior dan lebih professional, peralatan ini banyak di perkenalkan kepada penggiat aktiviti 4x4 kerana kegiatan mereka memang lebih relevan jika peralatan ini berada dalam kenderaan mereka. Maka dengan itu, adalah menjadi sesuatu yang agak janggal pada ketika itu dan hingga kini jika masih ada pemain 4x4 ditanahair masih tidak menggunakan radio dua hala sebagai alat komunikasi..maknanya, individu itu masih ketinggalan...come on bro..wake up..!!!

Sekadar gambar hiasan...tapi, steady la Pok Nik..
Setup yang sesuai dalam kenderaan 

Pengenalan secara meluas tentang alat ini melalui berbagai sumber telah mengundang kepada 'demand' untuk individu memilikinya bagi tujuan tertentu. Ini perkembangan yang sihat bagi komuniti ini, tetapi perlu juga ada kawalan supaya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Oleh kerana device ini sukar didapati di tanahair, maka ianya menjadi sumber rezeki bagi sesetengah pihak untuk menjualnya pada peminat alat ini tanpa selidik periksa akan requirement tertentu pemilik nya. Kesudahannya, penjualan terbuka serta pembelian secara semborono mungkin akan mendatangkan masalah kepada yang membelinya tanpa panduan..khususnya kepada nonqualified ham operator...terpaksa lah jadi 'pirate'..sebab barang dah beli, tapi lesen pulak takda...Namun begitu sudah banyak juga pengendali radio amateur yang berpengalaman dan mempunyai lesen perniagaan yang sah membawa masuk dengan cara yang lebih professional bagi memenuhi permintaan pasaran terkini melalui saluran yang betul.

4WD dengan radio didalamnya..! mungkin..antenna panjang sangat...

Antara model radio VHF yang sering digunakan
Semenjak kebelakangan ini, sudah banyak yang nampak akan keberkesanan penggunaannya..semakin meluas..sudah ramai jugak yang melepasi tahap untuk mendapatkan lesen yang sah dari pihak berwajib. Lebih lebih lagi bila sering saja berlaku disaster, maka kepentingan komunikasi melalui radio ini bisa mengatasi kehebatan handphone anda yang berstatus canggih. 

Satu pencapaian terbaik untuk rakyat Malaysia, khususnya individu  yang sudahpun lulus RAE...namun begitu, kita masih agak sedikit ketinggalan dibelakang jika dibandingkan dengan jumlah pengunaan radio dari negara jiran sebelah rumah..(ini maklumat 5 tahun dulu, mungkin sekarang dah bertambah jumlahnya..Syabas Malaysia..!)

Akhir kata, kepada anda yang masih belum memiliki AA (Apparatus Assignment) , jangan tunggu tunggu lagi, langsung buat keputusan samada ingin memiliki AA atas nama sendiri atau lebih selesa untuk 'tersangkut' dengan AA yang dimiliki oleh orang lain. Rujuk lah kelab kelab amateur radio yang wujud di Malaysia, rundingkan cara pembelajaran terbaik untuk lulus exam..hasilnya ada akan terbang dengan sayap sendiri selepas ini...caya tak..?

Salam 73 dan 88

*Hamsters : merujuk kepada pengendali hamradio, bukan haiwan peliharaan.

Tuesday, January 20, 2015

Misi Banjir berterusan...

Salam 4Wheelers...

Sudah menghampiri satu bulan, sejarah banjir terhebat melanda Negeri Kelantan, ibarat Tsunami membadai jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Dabong dan kawasan sekitarnya. Tiada apa yang mampu diperkatakan, hanya mata yang melihat dapat mengetahui betapa sengsaranya mangsa banjir yang terpaksa mengharungi kesusahan ini yang mungkin pulih untuk kembali bangkit sekurang kurangnya 3 bulan lagi.

Dalam kesibukan mengatur misi membantu mangsa banjir, kita mungkin terlupa akan kemampuan diri sendiri. Mental dan fizikal harus diberi perhatian kerana kita mengharung persekitaran yang boleh dikatakan agak bahaya jika dibandingkan dengan keadaan peradaban biasa. Luar biasa sungguh bila melihatkan malapetaka ini benar benar mengajar manusia tentang disaster ini sukar ditandingi. Kuasa alam dipertontonkan dengan limpahan banjir paling ekstreme yang pernah direkodkan.



Kini, cuaca berubah...lokasi malapetaka kini sedang dipenuhi dengan sukarelawan yang membantu membersihkan kawasan pula. Rumah penginapan sudah tentu tidak kelihatan lagi...bagai padang jarak....padang tekukur...hanya kesan peninggalan mampu kelihatan. Inisiatif beberapa NGO dari dalam dan luar negara menampakkan usaha mereka untuk menyediakan khemah atau kanopy yang boleh dijadikan lokasi perteduhan temporary bagi mangsa dan seterusnya pihak berwajib pula bakal menyiapkan rumah gantian kepada mereka atas kerjasama state and federal government. Sekurang-kurangnya, mereka dapat perhatian walaupun banyak sumber-sumber yang meleretkan pelbagai isu berkaitan ini. 


Bagi komuniti 4x4 seluruh negara, pastinya sumbangan mereka kini akan menjadi seperti satu benchmark yang harus dikekalkan, bukan sahaja dikala disaster banjir, malah  akan terus menyumbang tenaga dalam bencana lain sekiranya ada. Sebagai menyingkap sejarah 10 tahun dulu, ketika Tsunami berlaku di utara tanahair, golongan 4x4 dan pengendali radio amatur (kebanyakan 4Wheelers adalah licensed amateur radio operators) jugaklah yang membarisi laluan awal dalam usaha membantu mangsa bencana tersebut. 

Berkesinambungan dengan itu, atas jasa serta khidmat mereka ini, pihak agensi kerajaan berwajib yang berkaitan dengan pengangkutan dan agensi penyelamat..kena beri perhatian serta mengiktirafkan 'unsung heroes' yang datang tak dipanggil..balik tidak disambut ini......tapi oleh sebab dan atas rasa tanggungjawab mereka kepada masyarakat diatas bumi yang dipijak serta langit dijunjung ini, maka mereka turun ke lokasi bencana tanpa mengenal erti letih dan menabur bakti tanpa mengira waktu patahlagi wang ringgit..ada yang memandu jauh dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor...menuju ke Pantai Timur..bayangkanlah..

Semoga catatan ringkas ini dapat memberi satu titik tolak untuk kita semua sampaikan kepada yang lain dan bersatu menuju ke arah yang lebih produktif bagi memartabatkan semangat "Offroaders" sejati...!

Kalau anda support catatan ini...tolonglah panjangkan kepada kawan2 yang lain..

All The Best...

Thursday, January 15, 2015

Tirai Tahun Baru 2015 disambut dengan AlFatihah

Salam Tahun Baru...

Agak kelewatan untuk menulis bagi menyatakan hasrat Selamat Tahun Baru kepada semua offroaders. Apa tidaknya...ketidak kesempatan untuk menyuraikan apa saja dalam bentuk catatan itu adalah kerana berbagai kejadian serta malapetaka yang berlaku ditanahair baru-baru ini...banjir seperti yang sedia maklum, tidak hanya berlaku pada masa itu saja...kini sudah selepas banjir..semakin galak misi banjir digerakkan secara sukarela oleh pelbagai kumpulan bagi membantu mangsa yang terlibat.

Bagi Malaysian4Wheelers pula..tahun baru disambut dengan kesedihan apabila rakan seperjuangan Saudara Wan Hishamuddin Wan Abd Aziz telah kembali menemui penciptanya pada 31hb Disember 2014. Allahyarham yang lebih senang dikenali sebagai ALLBLACK telah menghembuskan nafas nya yang terakhir di Hospital Sg Buloh sekitar jam 3 petang. Komplikasi kesihatan yang sukar untuk diterjemahkan disini ( kita tak dapat detail sahih punca sakitnya) telah membawa beliau ke alam barzakh.

Trip terakhir beliau bersama M4W di Lata Chelir 
Menerima cenderamata bagi pihak Malaysian4Wheelers

Jentera peninggalan Allahyarham Wan Hishamuddin


Allahyarham Wan Hishamuddin sudah sekian lama bersama M4W berkerja tanpa putus, membantu mengendalikan banyak program yang memberi menafaat kepada semua penggiat 4x4. Ilmu yang ada sering dikongsi bersama rakan-rakan. Sifat sering membantu rakan-rakan memang tidak boleh dinafikan kerana beliau sangat bersedia membantu walaupun dipanggil untuk tugasan 'resque' kenderaan rosak didalam hutan, walapun pada ketika itu beliau berada di lokasi lain. 

Rakan2 yang menghantar jenazah ke Kota Bharu

Sahabat karib, sukar nak menerima pemergiannya
                                   
Pemergian beliau secara tiba-tiba ini merupakan satu kehilangan besar bagi rakan rakan offroaders yang mengenalinya, khususnya dikalangan Malaysian4Wheelers sendiri. Pengalaman bergurau senda, bersama melalui obstacle sepanjang aktiviti offroading akan terus segar dalam ingatan. Jasa dan pengorbanannya akan terus dikenang sampai bila bila...amat sukar hendak digarapkan semua ini dengan perkataan ..sebak hati dan perasaan dalam mengingati setiap saat pengalaman bersama beliau..Sehingga blog ini ditulis pun perasaan sedih serta pilu masih terasa..saya dapat merasakan yang semangat beliau kini masih sedang berlegar-legar dibawa oleh rakan-rakan yang kini sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di pantai timur.

Kepada semua penggiat 4x4 seluruh tanahair, samada anda kenal atau tidak...dan sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Alfatihah....