Salam 4Wheelers dan Hamsters.
Setelah melalui beberapa misi bantuan banjir secara indie baru baru ini, rasa macam ada sesuatu yang perlu dikongsi agar dapat memberi dorongan kepada semua..khususnya penggiat aktiviti 4x4 dalam tanahair tercinta..Malaysia ni...sebabnya pada satu ketika itu, berlaku pertindanan dan gangguan (distortion/interference) didalam setiap level frekuensi radio oleh kerana kapasiti penggunaan yang sangat tinggi didalam operasi menyelamat, konvoi yang menghantar bantuan dan sebagainya. (terma bahasa yang digunakan mungkin agak tak berapa tepat dan best..kalau salah tolong bagitau yea..)
Bagai satu pasangan yang tidak boleh di pisahkan..alat komunikasi radio memang sering berkait rapat dan hampir semua penggiat aktiviti sukan permotoran mesti memiliki nya. Tahap mana pemahaman mereka tentang tatacara penggunaan, pengoperasian mahupun teknikal, itu adalah perkara yang sukar untuk diterjemahkan..pandai pandai lah sendiri..
Suatu ketika dahulu, selain operator radio amateur biasa yang senior dan lebih professional, peralatan ini banyak di perkenalkan kepada penggiat aktiviti 4x4 kerana kegiatan mereka memang lebih relevan jika peralatan ini berada dalam kenderaan mereka. Maka dengan itu, adalah menjadi sesuatu yang agak janggal pada ketika itu dan hingga kini jika masih ada pemain 4x4 ditanahair masih tidak menggunakan radio dua hala sebagai alat komunikasi..maknanya, individu itu masih ketinggalan...come on bro..wake up..!!!
Sekadar gambar hiasan...tapi, steady la Pok Nik.. |
Setup yang sesuai dalam kenderaan |
Pengenalan secara meluas tentang alat ini melalui berbagai sumber telah mengundang kepada 'demand' untuk individu memilikinya bagi tujuan tertentu. Ini perkembangan yang sihat bagi komuniti ini, tetapi perlu juga ada kawalan supaya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh kerana device ini sukar didapati di tanahair, maka ianya menjadi sumber rezeki bagi sesetengah pihak untuk menjualnya pada peminat alat ini tanpa selidik periksa akan requirement tertentu pemilik nya. Kesudahannya, penjualan terbuka serta pembelian secara semborono mungkin akan mendatangkan masalah kepada yang membelinya tanpa panduan..khususnya kepada nonqualified ham operator...terpaksa lah jadi 'pirate'..sebab barang dah beli, tapi lesen pulak takda...Namun begitu sudah banyak juga pengendali radio amateur yang berpengalaman dan mempunyai lesen perniagaan yang sah membawa masuk dengan cara yang lebih professional bagi memenuhi permintaan pasaran terkini melalui saluran yang betul.
4WD dengan radio didalamnya..! mungkin..antenna panjang sangat... |
Antara model radio VHF yang sering digunakan |
Semenjak kebelakangan ini, sudah banyak yang nampak akan keberkesanan penggunaannya..semakin meluas..sudah ramai jugak yang melepasi tahap untuk mendapatkan lesen yang sah dari pihak berwajib. Lebih lebih lagi bila sering saja berlaku disaster, maka kepentingan komunikasi melalui radio ini bisa mengatasi kehebatan handphone anda yang berstatus canggih.
Satu pencapaian terbaik untuk rakyat Malaysia, khususnya individu yang sudahpun lulus RAE...namun begitu, kita masih agak sedikit ketinggalan dibelakang jika dibandingkan dengan jumlah pengunaan radio dari negara jiran sebelah rumah..(ini maklumat 5 tahun dulu, mungkin sekarang dah bertambah jumlahnya..Syabas Malaysia..!)
Akhir kata, kepada anda yang masih belum memiliki AA (Apparatus Assignment) , jangan tunggu tunggu lagi, langsung buat keputusan samada ingin memiliki AA atas nama sendiri atau lebih selesa untuk 'tersangkut' dengan AA yang dimiliki oleh orang lain. Rujuk lah kelab kelab amateur radio yang wujud di Malaysia, rundingkan cara pembelajaran terbaik untuk lulus exam..hasilnya ada akan terbang dengan sayap sendiri selepas ini...caya tak..?
Salam 73 dan 88
*Hamsters : merujuk kepada pengendali hamradio, bukan haiwan peliharaan.
No comments:
Post a Comment