Sudah menghampiri satu bulan, sejarah banjir terhebat melanda Negeri Kelantan, ibarat Tsunami membadai jajahan Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Dabong dan kawasan sekitarnya. Tiada apa yang mampu diperkatakan, hanya mata yang melihat dapat mengetahui betapa sengsaranya mangsa banjir yang terpaksa mengharungi kesusahan ini yang mungkin pulih untuk kembali bangkit sekurang kurangnya 3 bulan lagi.
Dalam kesibukan mengatur misi membantu mangsa banjir, kita mungkin terlupa akan kemampuan diri sendiri. Mental dan fizikal harus diberi perhatian kerana kita mengharung persekitaran yang boleh dikatakan agak bahaya jika dibandingkan dengan keadaan peradaban biasa. Luar biasa sungguh bila melihatkan malapetaka ini benar benar mengajar manusia tentang disaster ini sukar ditandingi. Kuasa alam dipertontonkan dengan limpahan banjir paling ekstreme yang pernah direkodkan.
Kini, cuaca berubah...lokasi malapetaka kini sedang dipenuhi dengan sukarelawan yang membantu membersihkan kawasan pula. Rumah penginapan sudah tentu tidak kelihatan lagi...bagai padang jarak....padang tekukur...hanya kesan peninggalan mampu kelihatan. Inisiatif beberapa NGO dari dalam dan luar negara menampakkan usaha mereka untuk menyediakan khemah atau kanopy yang boleh dijadikan lokasi perteduhan temporary bagi mangsa dan seterusnya pihak berwajib pula bakal menyiapkan rumah gantian kepada mereka atas kerjasama state and federal government. Sekurang-kurangnya, mereka dapat perhatian walaupun banyak sumber-sumber yang meleretkan pelbagai isu berkaitan ini.
Bagi komuniti 4x4 seluruh negara, pastinya sumbangan mereka kini akan menjadi seperti satu benchmark yang harus dikekalkan, bukan sahaja dikala disaster banjir, malah akan terus menyumbang tenaga dalam bencana lain sekiranya ada. Sebagai menyingkap sejarah 10 tahun dulu, ketika Tsunami berlaku di utara tanahair, golongan 4x4 dan pengendali radio amatur (kebanyakan 4Wheelers adalah licensed amateur radio operators) jugaklah yang membarisi laluan awal dalam usaha membantu mangsa bencana tersebut.
Berkesinambungan dengan itu, atas jasa serta khidmat mereka ini, pihak agensi kerajaan berwajib yang berkaitan dengan pengangkutan dan agensi penyelamat..kena beri perhatian serta mengiktirafkan 'unsung heroes' yang datang tak dipanggil..balik tidak disambut ini......tapi oleh sebab dan atas rasa tanggungjawab mereka kepada masyarakat diatas bumi yang dipijak serta langit dijunjung ini, maka mereka turun ke lokasi bencana tanpa mengenal erti letih dan menabur bakti tanpa mengira waktu patahlagi wang ringgit..ada yang memandu jauh dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor...menuju ke Pantai Timur..bayangkanlah..
Semoga catatan ringkas ini dapat memberi satu titik tolak untuk kita semua sampaikan kepada yang lain dan bersatu menuju ke arah yang lebih produktif bagi memartabatkan semangat "Offroaders" sejati...!
Kalau anda support catatan ini...tolonglah panjangkan kepada kawan2 yang lain..
All The Best...
No comments:
Post a Comment