Wednesday, June 27, 2012

Offroading..? Where..? Do not know where to go...?

Percutian atau mengembara secara berkonvoi bersama keluarga dan sahabat handai adalah aktiviti yang paling sesuai dan akan memberikan banyak menafaat serta memori yang indah. Setelah berterusan bekerja mencari rezeki, sudah semestinya anda merancang sesuatu program percutian bersama keluarga tersayang sebagai tanda terima kasih anda kepada ahli keluarga kerana memahami tugas anda yang sering sibuk diluar sana.

Apabila bercerita tentang destinasi percutian, mungkin segelintir masyarakat beranggapan bahawa ianya akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Maklum saja dengan kos perjalanan, penginapan dan makanan untuk sekeluarga. Amat ketara sekali jika pilihan lokasi itu luar dari negara sendiri. Tapi itu adalah lumrahnya, kalau nak bercuti sememangnya perlu ada persiapan dari segi kewangan.

Dalam kita sibuk untuk menentukan lokasi dan mengira kos percutian, kita lupa bahawa ada satu lagi aktiviti yang boleh dikatakan berpatutan tetapi sememangnya berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga lebih lebih lagi jika anda memiliki kenderaan jenis 4WD. Apa yang dimaksudkan adalah, percutian perkhemahan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda tidak semestinya untuk melakukan ‘adegan’ lasak seperti yang anda sering baca atau tonton di televisyen. Aktiviti yang cuba digarapkan disini adalah percutian bersama keluarga di lokasi offroading yang sesuai dan mudah di ekses untuk kenderaan 4WD yang secara asasnya memiliki kelebihan dari segi fizikal jika dibandingkan dengan kenderaan jenis Sedan. Cuba bayangkan yang anda ketika ini bersama keluarga berkhemah ditepi sungai dengan persiapan yang lengkap disamping kenderaan 4WD didepan mata. Seronok bukan..?

Berikut adalah antara beberapa lokasi offroading (banyak lagi) yang ringan dan sesuai untuk kenderaan 4WD tanpa melalui modifikasi yang extreme pada keadaan asal kenderaan anda itu.

1) Ulu Tamu, Ulu Rening, Selangor Darul Ehsan

2) Sungai Loh, Terengganu Darul Iman (Jambatan Besi)

3) Telemong, Pahang Darul Makmur (Campsite Buloh)                                                                          

4) Endau Rompin@ Kg Peta, Johor Darul Takzim

5) Ulu Slim, Perak Darul Ridzuan

6) Hutan Simpan Gading, Kerling

7) Sg Lembing, Pahang
Dengan adanya kenderaan jenis 4WD yang dimiliki, dapat juga anda mencuba percutian yang unik ini bersama keluarga. Lagipun kenderaan yang dibeli jika tidak di maksimakan penggunaannya ibarat membeli buah kelapa, airnya diminum tetapi isi, kulitnya dibiar begitu sahaja. Oleh yang demikian, gunakanlah sebaik mungkin kerana bayaran roadtax yang tinggi juga seperti memberitahu anda bahawa bayaran tersebut juga sudah merangkumi cukai jalan didalam hutan.


Selamat beriadah dan memandu bersama keluarga dengan kenderaan 4WD anda.

We wish you a very Happy Offroading...!

Monday, June 25, 2012

New M4W Tshirt for your Junior 4Wheelers..



Get one for your Juniors...


M4W kini sedang rancak mempromosikan Tshirt terbaharu untuk memenuhi impian anak-anak yang sering mengikuti anda dalam setiap offroad trip bersama keluarga. 
Promoting our new M4W custom made Tshirt for your kids to fulfill their interest in offroading trips.


Terdapat dalam warna HITAM sahaja  seperti dalam gambar.
Size bagi kanak-kanak adalah seperti berikut : -
Available only in BLACK color tshirt and sizes are as follows:-


Size : 30 ( 5-7 tahun ) 32 (8-10 tahun) 34 (10-12 tahun) 
Harga RM15.00 ( tambahan RM5 minimum untuk kos POS Laju )


Size : 30 ( 5-7 yrs) 32 (8-10 yrs) 34 (10-12 yrs)
Price : RM15.00 ( add RM5 for POSLAJU service)


Dapatkan dengan segera di Majlis BBQ anjuran JIB Auto Offroaders on 30th June 2012 at Ulu Tamu.

Wednesday, June 13, 2012

Invitation to JIB Auto Offroaders BBQ : 30th June 2012

Sembang sembang kosong akhirnya tercetus acara yang akan terlaksana atas dasar kekuatan kerjasama dari semua rakan2 untuk merealisasikan majlis ini. Kini persiapan sedang rancak dijalankan bagi memastikan semuanya dapat berjalan dengan baik. Maka dengan itu, program akan berlangsung pada:-

Tarikh : 30hb June dan 1hb July 2012 ( Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Kem Hamzah, Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.

Kolaborasi JIB Auto Offroaders sebagai Penganjur utama dan dibantu oleh Malaysian4Wheelers serta OneTen Adventure Sports akan membawa satu lagi pendekatan baru bagi melebar networking antara activist 4Wheelers sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan sasaran mengumpulkan orang-orang baru diketemukan dengan orang-orang lama agar tidak terlupa begitu sahaja kerana kontribusi mereka pada satu masa ketika dahulu telah menjadikan aktiviti 4x4 sebagai sesuatu yang terbaik untuk generasi terkini.

Penyertaan rakan strategik seperti AROX Lubricants, Columbia Sportswear, Naza Motors, Red Bull akan menyemarakkan lagi acara yang julung kalinya diadakan. Ini juga akan membantu mengukuhkan lagi strategi pemasaran kepada produk yang terlibat sama. Anda juga berpeluang untuk 'test drive' kenderaan pickup terbaru jenama Chevrolet Colorado yang dibawakan khas oleh Naza Motors..so, jangan lepaskan peluang..kita jemput rakan2 Malaysian4Wheelers untuk hadir bersama...banyak hadiah yang terbaik untuk dimenangi..katanya..


See you there..!

Friday, June 1, 2012

LIBUR - Weekend Offroad Warrior


Hello all...M4W and friends..!

Agak sunyi bulan ni..maklum saja, semua rakan agak sibuk menjalankan tugasan harian serta acara bersama keluarga. Namun begitu, acara offroading masih berjalan seperti biasa atas dasar yang lebih terbuka..tidak ada event yang rasmi.

Bulan June, agak berbeza sedikit kerana musim majlis kahwin, cuti sekolah selama 2 minggu tak akan dibiarkan begitu saja..untungnya, tak perlu masak di rumah..sekadar penuhi jemputan majlis sudah memadai..Tidak dilupai juga 'latest' issue Majalah LIBUR yang membawa inti cerita xpdc ke Air Terjun Pelangi bersama Kelab Kembara Maybank, TV3 dan TV Al-Hijrah yang mengambil bahagian dalam program kali ini. Meriah dan bersejarah untuk record milik M4W. Bukannya apa, kita ini satu komuniti yangbaru di dalam senario 4x4 dan peluang baik begini kena di manafaat dengan cara yang terbaik demi untuk 4Wheelers secara amnya.

So, untuk itu, dapatkan Majalah LIBUR untuk mengetahui cerita lebih lanjut tentang ekspedisi tersebut.Thanks to rakan2 yang mengambil bahagian dan yang telah menyumbang idea serta photo untuk issue kali ini.

M4W mengucapkan selamat ber offroading...! Peace...