Monday, February 3, 2014

M4W : Ulu Tamu Family Escapade

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina..! 

M4W ucapkan kepada rakan2 yang menyambutnya dalam keadaan yang serba sederhana..dikala cuaca panas kini menjelma di tahun Kuda..ibarat membawa api di ekornya...namun begitu peluang cuti ini..memang sangat sangat ditunggu oleh semua...

Sudah pasti apabila adanya cuti panjang yang berganda, peluang tidak akan dipersiakan begitu sahaja...Cadangan untuk 'offroading' diluar kawasan semua tertunggak kerana khuatir akan tersangkut dalam kesesakan jalanraya..maklum saja, semua orang pun ambil kesempatan untuk bercuti...
Bob dan Tok Uban..membakar perasaan...!
Anak-anak dengan bapak budak...
Performer of the night..
Bagi mengelak kejadian 'traffic jamm' sebab nanti sakit lutut..sebab lutut dah longgar..hahhaha...maka Ulu Tamu jadi pilihan untuk M4W menghabiskan masa hujung mereka bersama keluarga..tiada misi tertentu sekadar memberi keutamaan untuk 'entertaint' family pulak kali ini..tak kurang juga dengan hidangan BBQ kambing yang selalu menjadi menu utama dalam setiap trip M4W...sumbangan ikhlas yang tak pernah putus...

Amir Lagong dengan family
Sembang Santai : Din Medan, Ryzal RB dan Jeff
Dinner...
Acara 3H2M mendapat pilihan rakan2 yang hadir secara bergilir2 membawa intipati semangat 'offroaders' yang lebih suka bersantai didalam suasana hutan dengan deruan aliran sungai yang damai lagi sejuk..maklum saja, sekarang ini sememangnya cuaca agak terik dan panas.

Yang turut bersama pada trip kali ini : Yem, Din Medan, Jeff, Ryzal, Big, Amir Lagong, Bob, TokUban, AllBlack dan beberapa rakan dari komuniti bebas turut memeriahkan suasana. Kesemuanya hadir bersama keluarga...elok juga bagi merapat silatulrahim..selalu sangat kita offroading secara solo..

minum dulu sebelum pulang..!

Lastly, kami packed dan tinggalkan Ulu Tamu dengan pengalaman manis..keluarga bertemu keluarga semoga dengan harapan dapat bertemu semula dalam trip santai yang lain..mungkin yang lebih jauh dari sini...

Next trip : M4W ke Jakarta..! tunggu akan sebarang maklumat terkini.... 

No comments: