Salam Offroaders...!
Kolaborasi Malaysian4Wheelers bersama Majalah LIBUR memang ternyata tak pernah putus oleh kerana antara kedua entity ini punya daya kecenderungan yang sama dalam mewarnai aktiviti percutian di tanahair yang sebelum in terlalu 'rigid', kerana apabila yang berkaitan dengan 'bercuti' ia hanya bertumpu kepada lokasi tertentu yang tidak langsung berkait rapat dengan pengeksplorasi persekitaran semulajadi seperti didalam hutan, pergunungan mahupun aktiviti 4x4.
Briefing dulu... |
Maka dengan itu juga bagi edisi Karnival Karangkraf 2014, M4W telah dipanggil untuk bersama-sama 'under one roof' dengan UMPAN dan MASKULIN didalam acara tahunan yang ternyata gempaknya ini. Jeep CJ milik Orked menjadi punca bagi menarik perhatian pengunjung serta pembaca setia kategori ini untuk singgah bersantai di booth ini untuk membeli majalah yang dipromosikan malah turut mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang aktiviti kolabrasi ini dengan lebih tepat bersama edaran flyers ' M4W Trip schedule' 2014.
Orked punya..!! |
Mkay & Dr Fadzli dan Fadli K-Rog |
Tok Uban dengan Syahir (LIBUR) |
Penyertaan rakan rakan sepanjang program berlangsung, sangat membanggakan kerana dalam usaha memertabatkan aktiviti 4x4 ini, mereka terpaksa berada dilokasi menentang cuaca panas yang teramat sangat ketika ini..hingga mencecah 36 darjah celcius..fuhh..antara yang terpanas baru-baru ini. Disamping membuat edaran flyers yg disebutkan tadi, sempat juga untuk bersosialitas bersama orang-orang ternama ditanahair yang sering meniti dibibir msayarakat tempatan.
Mat Penang dengan MASKULIN |
bersama dengan Tengas (President Lubuk Trekker) |
M4W turut berpeluang untuk memberi taklimat tentang cara penggunaan beberapa peralatan 'recovery kit' yang dikendalikan oleh Mat Penang sambil dibantu oleh calon-calon Finalis Lelaki MASKULIN berbadan sasa lagi tegap. Session yang agak ringkas tetapi memberi banyak makna kepada mereka yang berpeluang menyaksikannya. Kehadiran rakan2 dengan berkenderaan 4x4 berjumlah hampir 20 buah dari pelbagai latar belakang komuniti sangat membanggakan.....mereka tolak tepi segalanya, hadir dengan berpaksikan semangat 4Wheelers yang tersendiri, seharusnya dicontohi oleh mereka yang duduk dibawah tempurung diluar sana..Syabas..!
Mkay buat show dengan Chiko.. |
Program berakhir dengan jayanya, rata-rata puashati dengan apa yang ada disana. Cuma lepas ini, penganjur kena buat didalam tempat yang tertutup dan mempunyai hawa dingin bagi menarik minat lebih ramai pengunjung yang hadir. Lebih selesa, damai serta ceria.
Malaysian4Wheelers ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada : -
1) En Meor Khairi Idris, Editor LIBUR, En Raden ( MASKULIN) dan Jai (UMPAN)
2) K-Rog, Mkay, Chiko, CJ, Petai, Jeffry, TokUban, MEdklin, Sajin, Ryzal RB, Zul, Bandi, Ijat, Zahid, Basni, Pojie, Among, Champ2, Mat Penang, Yati, Max, Din Medan, Yet, Firdaus, Nazli KOA dan beberapa lagi rakan yang tak ingat nama-nama mereka.
Semoga kita jumpa di proram yang lain....!
No comments:
Post a Comment