Sunday, September 21, 2014

KEMBARA DAKWAH MERDEKA 2014 : YELLOW CRUISER ADVENTURE


Salam Offroaders...!

Sambutan kemerdekaan tanahair kita yang ke 57 sememangnya menjadi tanggungjawab  rakyat Malaysia untuk menyambutnya. Tanpa mengira dimana lokasi serta keturunannya, kita sama sama meraikan semangat ini.


Bagi menyempurnakan sambutan Kemerdekaan tahun ini, peranan penting telah digalas oleh penggiat aktiviti 4x4 dikenali sebagai Yellow Cruiser Adventure, bergabung tenaga dengan Malaysian4Wheelers dan turut mendapat kerjasama Yayasan Al-Khalifah serta Majlis Agama Islam Pahang untuk melaksanakan 
tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli telah diadakan pada 30hb Ogos hingga 1 September baru-baru ini.


Matlamat program yang dinamakan sebagai “Kembara Dakwah Merdeka Yellow Cruiser Adventure Trail 4” membawa mesej  keprihatinan mereka terhadap masyarakat Orang Asli yang berada disekitar POS Telanok, Cameron Highlands dengan menyalurkan sumbangan keperluan surau, pakaian, makanan dan keperluan dapur disamping memberi suntikan semangat cintakan tanahair serta mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan untuk mereka. Lebih istimewa lagi dalam agenda ekspedisi ini, satu majlis pernikahan pasangan Islam Orang Asli juga turut berlangsung yang dikendalikan oleh Juru Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands.
aktiviti sampingan 'kutip puntung rokok' dapat hadiah
Lokasi tepat ekspedisi kali ini adalah di Ulu Jelai yang kini sedang dalam proses pembinaan Loji Hidro, telah menempatkan semula beberapa buah kampung masyarakat Orang Asli ke kawasan yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas yang baik. Namun begitu masih ada perkampungan yang masih mundur dan perlu mendapat bantuan yang sewajarnya.  Di dalam keadaan cuaca yang hujan dan sejuk, peserta ekspedisi sudah dapat merasakan serba sedikit cabarannya sudah pun bermula. 

Perjalanan sambil diiringi doa mensasarkan beberapa penempatan dan di antara perkampungan yang sempat disinggahi sambil menghulur sumbangan oleh peserta konvoy adalah, Kampung Teji, Cheros, Tiat, Abu, Sg Lun, Susu, Pinang, Renglas, Terakit, Rening dan Senangkar.


Edaran sumbangan
Tok Batin Alen, dari Kampung Teji mengucapkan sangat berterima kasih atas kehadiran konvoy yang membawa sumbangan sejadah dan telekong untuk kegunaan Surau, serta serba sedikit makanan tambahan kepada mereka. Walaupun ianya sekadar makanan yang asas, itu tandanya masyarakat luar masih sudi untuk membantu keluarga Orang Asli yang jauh di pendalaman. Maklum saja, mereka memang menghadapi kesukaran untuk keluar ke pekan berhampiran yang jaraknya lebih 20km disamping masalah pengangkutan dan ditambah pula dengan keadaan jalan yang kurang selesa.
Telmatch dgn anak anak Orang Asli
Pak Mid sedang melayan anak anak 
Satu pengalaman baru bagi peserta ekspedisi yang belum pernah melihat sendiri bagaimana kehidupan seharian keluarga Orang Asli ini yang secara total bergantung penuh dengan sumber hutan sebagai punca pendapatan mereka. Usaha mereka mencari petai, ubi kayu serta ubatan herba harus dikagumi kerana ianya memerlukan kepakaran semulajadi yang mungkin sukar untuk kita memilikinya. Bagi mengekalkan sumber ini agar dapat dinikmati oleh mereka, kita sebagai masyarakat moden seharusnya ada kesedaran yang kuat untuk memantau penerokaan hutan yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini. Jika ini tidak dilakukan, maka hutan akan musnah, generasi akan datang tidak dapat menikmatinya, lebih lebih lagi masyarakat Orang Asli yang lebih rapat dengan alam semulajadi ini.

Ketua Ekspedisi, Abdul Hamid Sulaiman atau Pak Mid, menzahirkan rasa sempurnanya program tersebut yang berpusat di Kampung Rening adalah kerana sambutan penduduknya yang meriah dengan Jalur Gemilang terhias di sekitar kampung. Warga tempatan juga turut mengambil peluang untuk terlibat didalam pelbagai acara yang telah disediakan khas untuk mereka seperti solat berjemaah dan takzkirah serta sidang patriotik yang telah dipimpin oleh Ustaz Zulkifli, Imam Muda berketurunan Orang Asli yang diselang selikan dengan bahasa Semai di dalam penyampainya. Bagi menambah semangat Merdeka dikalangan generasi muda masyarakat pribumi ini, tayangan ‘wayang pacak’ juga disediakan sementara menunggu detik jam 12.00 malam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57.

Secara keseluruhan, ternyata sekali hasil pendekatan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengubah persepsi masyarakat Orang Asli bahawa Hari Kemerdekaan ini hanya boleh disambut dibandar sahaja. Dengan adanya komuniti serta NGO yang prihatin, mereka sanggup menghabiskan cuti hujung minggu mereka untuk menyambutnya bersama masyarakat pribumi yang sememangnya menantikan suasana sambutan kemerdekaan yang jarang sekali dirasai.

Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta..!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57

 Untuk photo yg lebih banyak, sila lawati FB : Malaysian4Wheelers

Sunday, September 14, 2014

Sambutan Hari Raya Malaysian4Wheelers 2014

Salam 4Wheelers..

Selepas dinilai semula cadangan melalui "Private Message" serta sokongan sahabat handai yang tidak berbelah bagi, maka blogspot ini akan terus dipergiatkan untuk memenuhi cerita, berita serta scenario alam 4x4 di Malaysia yang semakin hari semakin meriah dengan kewujudan persatuan dan kelab yang hebat hebat belaka..tahniah dan terima kasih juga kerana menyokong M4W dari jauh..

konvoi menuju kelokasi yg dirahsiakan...! 

Didalam pada itu, berita 'terperap' kini di persiarkan untuk tatapan para pelawat yang setia disini.  Baru baru ini (ketika dibulan Syawal), sempat juga M4W menganjurkan Majlis Raya Sakan pada minggu ketika bulan tersebut. Gabungan penganjuran serta sambutabn secara perkongsian telah berjaya dilaksanakan dengan Che Sue sebagai 'Project Manager' untuk program tersebut.

Hidangan Istimewa dari Medklin...

Che Sue bagi duit Raya...!

Lazat hidangannya...

Persiapan untuk makan..!

Ahlil Musik yg menceriakan Hari Raya


Ini adalah yang julung kalinya diadakan selepas melihatkan komitment rakan2 sudah berada diperingkat yang sangat selesa, maklum saja..M4W ni bukan kelab yang berdaftar..tapi masih juga mampu untuk merelisasikan kemuncak acara ini berdasarkan semangat 4x4 yang tinggi. Seharusnya penanda aras seperti ini kena diambil kira serta dipergiatkan lagi untuk program-program yang akan datang. 

Majlis Raya Sakan ini telah diadakan di daerah Tg Malim, di dalam sebuah kebun persendirian milik sahabat kami yang hanya mahu dikenali sebagai Aidi. Lokasi ini memang bersih serta cantik dipenuhi dengan dusun buahan tempatan yang enak..dan terdapat sungai yang sesuai untuk anak anak serta keluarga bersantai. Dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu dan Baju Kurung, acara menikmati hidangan istimewa Hari Raya khas untuk semua..memang Raya Sakan..!!

M4W dan Famili
Sebagai menghormati Tuan rumah, M4W turut menyediakan cenderamata sebagai tanda persahabatan dan terima kasih atas kesudian beliau membenarkan kami menggunakan kawasan kebunnya untuk program ini. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini dan kesudian menaja banyak hidangan untuk menjamu semua yang hadir.

Terima kasih semua..moga kita jumpa for our next event...!

Monday, September 8, 2014

Goodbye to blogspot...!

Salam 4Wheelers..

Selepas penilaian serta pertimbangan dengan memantau selama hampir 2 bulan, kami sebagai pengendali blogspot Malaysian4Wheelers telah mendapati bahawa ruang ini sudah tidak menjadi pilihan para penggemar untuk singgah serta membaca isi catatan yang walaupun dibuat secara aktif. Mengikut statistik, pada setiap bulan, akan ada sekurang kurangnya dua article yang dikemaskini bagi tatapan pengunjung disini. Namun begitu pengunjungnya tidak segagah dulu..mungkin sekarang orang tak suka membaca...suka nengok photo saja...


Dalam diam, hari demi hari...hingga kini sudah hampir 10 tahun, para visitor semakin berkurangan mungkin kerana lebih selesa untuk singgah di Facebook : Malaysian4Wheelers yang lebih 'userfriendly' malah 'entertaining', sesuai dengan pengerakkan zaman sekarang yang mahukan sesuatu yang lebih pantas, efisyen serta menghiburkan.


Sebagai antara penyumbang kepada semangat 4x4 dikalangan pengemarnya di Malaysia, kami mendapati bahawa rakyat kita sudah sedar dan matang dalam menjalankan aktiviti mereka dengan selamat serta tidak merosakkan alam sekitar. Setidak-tidaknya, kami sudah pun membuka mata masyarakat yang komuniti 4x4 yang sangat prihatin kepada persekitarannya.
statistik visitor semakin merosot..


Tanggungjawab sudah dilaksana, dan atas sebab perlukan perubahan, maka dengan ini juga blogspot ini juga akan ditutup dan dibiarkan sahaja sehingga kami merasakan untu meneruskan perjuangan memberi pesanan, event updates serta apa saja berita tentang 4x4 yang kini lebih mudah untuk dilayar di FACEBOOK.


Terima kasih kepada anda yang selalu menyokong aktiviti Malaysian4Wheelers.

Kami masih menerima pandangan dan cadangan anda melalui email : malaysian4wheelers@gmail.com