Monday, September 8, 2014

Goodbye to blogspot...!

Salam 4Wheelers..

Selepas penilaian serta pertimbangan dengan memantau selama hampir 2 bulan, kami sebagai pengendali blogspot Malaysian4Wheelers telah mendapati bahawa ruang ini sudah tidak menjadi pilihan para penggemar untuk singgah serta membaca isi catatan yang walaupun dibuat secara aktif. Mengikut statistik, pada setiap bulan, akan ada sekurang kurangnya dua article yang dikemaskini bagi tatapan pengunjung disini. Namun begitu pengunjungnya tidak segagah dulu..mungkin sekarang orang tak suka membaca...suka nengok photo saja...


Dalam diam, hari demi hari...hingga kini sudah hampir 10 tahun, para visitor semakin berkurangan mungkin kerana lebih selesa untuk singgah di Facebook : Malaysian4Wheelers yang lebih 'userfriendly' malah 'entertaining', sesuai dengan pengerakkan zaman sekarang yang mahukan sesuatu yang lebih pantas, efisyen serta menghiburkan.


Sebagai antara penyumbang kepada semangat 4x4 dikalangan pengemarnya di Malaysia, kami mendapati bahawa rakyat kita sudah sedar dan matang dalam menjalankan aktiviti mereka dengan selamat serta tidak merosakkan alam sekitar. Setidak-tidaknya, kami sudah pun membuka mata masyarakat yang komuniti 4x4 yang sangat prihatin kepada persekitarannya.
statistik visitor semakin merosot..


Tanggungjawab sudah dilaksana, dan atas sebab perlukan perubahan, maka dengan ini juga blogspot ini juga akan ditutup dan dibiarkan sahaja sehingga kami merasakan untu meneruskan perjuangan memberi pesanan, event updates serta apa saja berita tentang 4x4 yang kini lebih mudah untuk dilayar di FACEBOOK.


Terima kasih kepada anda yang selalu menyokong aktiviti Malaysian4Wheelers.

Kami masih menerima pandangan dan cadangan anda melalui email : malaysian4wheelers@gmail.com

3 comments:

Blind_pilot said...

TERBAIK....JIKA ITU PILIHAN M4W DAN PENGGEMAR FB..KAMI TURUTKAN SAJA BOS..YANG PENTING SEMUA INPUT DAH DIBERIKAN BAGI MENDIDIK ANAK BANGSA...AHOYY!!

As_One said...

Kekalkan Blog ni....

Silent Reader said...

Saya amat berharap agar pihak Tuan dapat mengekalkan blog ini,tak semua orang yang sukakan medium facebook...bagi saya..medium blog ini lebih berinformasi,tiada gangguan dari keyboard warrior yang bermacam macam,lagipon sayang sekali untuk menutup blog yang telah berusia ini yang dipenuhi dengan bermacam2 input.

Mohon dipertimbangkan semula oleh pihak Tuan